BeritaTragedi

Luar Negara
Pesawat Terhempas Di Kenya, 12 Dikhuatiri Maut
Pesawat Terhempas Di Kenya, 12 Dikhuatiri Maut Sebuah pesawat kecil yang dalam perjalanan dari pantai Kenya terhempas pada Selasa, dengan 12 orang di dalamnya dikhuatiri maut, lapor AFP. Menurut pihak berkuasa penerbangan negara itu, pesawat kecil terbabit dalam perjalanan ke Kichwa Tembo iaitu sebuah lapangan terbang persendirian yang terletak di Taman Negara Maasai Mara. Pesawat […]
Tragedi
Empat Maut Dalam Kemalangan Empat Kenderaan Di Tangkak
Empat Maut Dalam Kemalangan Empat Kenderaan Di Tangkak TANGKAK, 25 Okt (Bernama) — Empat termasuk seorang remaja perempuan 18 tahun maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 32.5 Jalan Muar–Segamat berhampiran Bandar Baru Sagil di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata kemalangan pada 10.20 malam membabitkan tiga motosikal […]
Luar Negara
Pemancing Maut Selepas Rokok Elektronik Digunakan Meletup
Pemancing Maut Selepas Rokok Elektronik Digunakan Meletup Seorang lelaki di Timur Laut Thailand maut selepas rokok elektronik yang digunakan olehnya meletup dalam kejadian di empangan Ban Kut Chim, daerah Mueang, wilayah Nong Bua Lamphu pada 18 Oktober. Memetik laporan Thaiger, kejadian ini menandakan kematian pertama di negara itu yang dikaitkan dengan peranti rokok elektronik. Lelaki […]
Tragedi
Bayi 11 Bulan Maut, Kereta Dipandu Bapa Langgar Sekumpulan Lembu Di Bera
Bayi 11 Bulan Maut, Kereta Dipandu Bapa Langgar Sekumpulan Lembu di Bera KUANTAN, 24 Okt (Bernama) — Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas kereta dipandu bapanya melanggar sekumpulan lembu di KM49 Jalan Kerayong-Simpang Kepayang, Bera, malam tadi. Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata mangsa Nur Adriana Amira Mohamad Norismail disahkan meninggal […]
Tragedi
Dua Maut, Lima Nyaris Lemas Di Pantai Penunjuk
Dua Maut, Lima Nyaris Lemas Di Pantai Penunjuk KEMAMAN, 18 Okt (Bernama) — Kegembiraan tujuh sekeluarga berkelah di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini bertukar tragedi apabila seorang wanita dan anak saudaranya maut, manakala lima lagi nyaris lemas selepas ditarik ombak ketika mandi-manda, petang tadi. Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata dalam kejadian […]
Berita
Wanita Warga Emas Hilang Sejak Semalam Ditemukan Lemas Dalam Sungai
Wanita Warga Emas Hilang Sejak Semalam Ditemukan Lemas Dalam Sungai JASIN, 16 Okt (Bernama) — Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan lemas di kawasan sungai belakang rumahnya di Kampung Tasik, Sungai Rambai, di sini hari ini. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau Penolong Pegawai Bomba Mohd Farid Abu Bakar berkata […]
Berita
Suami Isteri Maut, Empat Cedera Dalam Nahas Kemalangan Di Maran
Suami Isteri Maut, Empat Cedera Dalam Nahas Kemalangan Di Maran KUANTAN, 11 Okt (Bernama) — Pasangan suami suami yang merupakan pengusaha kedai makan Aziz Satar di Terengganu, maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan di KM162.9 Lebuhraya Pantai Timur (arah timur) dekat Maran semalam. Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata dalam kejadian […]
Berita
Lapan Rumah Di Beberapa Kawasan Raub Rosak Akibat Ribut
Lapan Rumah Di Beberapa Kawasan Raub Rosak Akibat Ribut KUANTAN, (Bernama) — Lapan buah rumah di beberapa kawasan di daerah Raub mengalami kerosakan, susulan hujan lebat dan ribut yang melanda daerah itu petang tadi. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Raub Kapten (PA) Samasuddin Kambade berkata kejadian sekitar 3 petang itu, mengakibatkan lapan rumah yang terletak di […]
Tragedi
Kronologi Runtuhan Sekolah Pondok Al Khoziny Di Indonesia
Kronologi Runtuhan Sekolah Pondok Al Khoziny Di Indonesia Pada Isnin lalu, dunia dikejutkan dengan tragedi tragis yang menimpa Sekolah Agama Al Khoziny di Buduran, Sidoarjo, Jawa Timur apabila bangunan asrama tiga tingkat dilaporkan runtuh. Susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan ekoran masih terdapat pelajar yang dilaporkan terperangkap dalam runtuhan. Kronologi Runtuhan 29 September […]
Tragedi
Dua Anggota Maritim Malaysia Cedera Dirempuh, Gagalkan Cubaan Mendaratkan Pati
𝗗𝗨𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗖𝗘𝗗𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗘𝗠𝗣𝗨𝗛 , 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗕𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗡𝗚, 𝟭𝟳 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 – Dua anggota Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan cedera dirempuh dalam satu aksi kejar mengejar bot pancung yang disyaki membawa sekumpulan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berhampiran sempadan perairan Negeri Sembilan malam tadi. Gambar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia[/caption] Pengarah […]
Tragedi
Dua Maut, Seorang Cedera Parah Dalam Nahas Di Kepala Batas
Dua Maut, Seorang Cedera Parah Dalam Nahas Di Kepala Batas KEPALA BATAS, 6 Sept (Bernama) — Dua pemandu maut manakala seorang penumpang cedera parah selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung antara satu sama lain di Jalan Shah Bandar, Taman Bertam Perdana di sini hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan […]
Berita
Wanita Dan Bayi Perempuan Maut, Lima Cedera Kemalangan Di Lebuhraya Timur-Barat
Wanita Dan Bayi Perempuan Maut, Lima Cedera Kemalangan Di Lebuhraya Timur-Barat KOTA BHARU, 30 Ogos (Bernama) — Seorang wanita dan bayi perempuan maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan Perodua Alza dengan lori di Lebuhraya Timur-Barat, berhampiran sempadan Perak-Kelantan hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Azhar Elmi Mustofar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 3.23 petang […]
Tragedi
Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat Enam Pangsapuri
Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat Enam Pangsapuri KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Kota Damansara di sini, Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata mangsa ditemukan di laluan pejalan kaki oleh orang awam yang […]
Tragedi
Polis Sahkan Dua Pelajar Maut Jatuh Kondominium, Siasat Dakwaan Buli
Polis Sahkan Dua Pelajar Maut Jatuh Kondominium, Siasat Dakwaan Buli KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus mengesahkan dua insiden melibatkan pelajar institut pendidikan tinggi swasta di Setapak yang terjatuh dari sebuah kondominium di Persiaran Pertahanan, Taman Melati di sini pada Rabu lepas. Beliau berkata dalam insiden pertama pada […]
Tragedi
Eksekutif Jualan, Jururawat Maut Dalam Perjalanan Sertai Himpunan RXZ
Eksekutif Jualan, Jururawat Maut Dalam Perjalanan Sertai Himpunan RXZ KUANTAN, 22 Ogos (Bernama) — Seorang eksekutif jualan bank maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tebing di Jalan Palong 8, di sini, kira-kira 6.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir dalam kenyataan berkata Mohd Syukri Shahrudin, 33, yang menunggang motosikal jenis Yamaha […]
Luar Negara
Kereta Rempuh Restoran, Dua Pempengaruh Cedera Ketika “Review” Makanan
Kereta Rempuh Restoran, Dua Pempengaruh Cedera Ketika “Review” Makanan Dua pempengaruh yang sedang melakukan ulasan makanan mengalami kecederaan selepas sebuah kereta merempuh restoran yang dikunjungi mereka dalam kejadian pada Sabtu. Memetik laporan NBC News, Patrick Blackwood dan Nina Santiago sedang menikmati hidangan di CuVee’s Culinary Creations di Houston apabila rakaman video menunjukkan cermin tingkap berhampiran […]
Berita
Ibu, Anak Lelaki Maut Disyaki Akibat Keracunan Makanan
Ibu, Anak Lelaki Maut Disyaki Akibat Keracunan Makanan TAWAU, 13 Ogos (Bernama) — Seorang wanita dan anak lelakinya meninggal dunia semalam disyaki akibat keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di sebuah kampung di sini, pada Sabtu. Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata polis menerima laporan berkaitan keracunan makanan itu daripada seorang wanita […]
Tragedi
Ibu Pengsan Empat Kali Kehilangan Anak, Cucu Dalam Nahas
Ibu Pengsan Empat Kali Kehilangan Anak, Cucu Dalam Nahas GUA MUSANG, 11 Ogos (Bernama) — Seorang ibu pengsan empat kali selepas menerima berita dua anak dan dua cucunya maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan lori treler di Jalan Utama, Felda Chiku 1, di sini hari ini. Shahima Hamid, 54, jatuh pengsan tiga kali […]
Berita
Warga Emas Maut Dipukul Anak Kandung Di Kuala Gris, Suspek Positif Dadah
Warga Emas Maut Dipukul Anak Kandung Di Kuala Gris, Suspek Positif Dadah KUALA KRAI, (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut dipercayai dipukul anak kandungnya menggunakan objek tumpul dalam kejadian di Kampung Baru Kuala Gris, Dabong pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada […]
Tragedi
Kanak-Kanak Lelaki Ditemukan Maut Dalam Lubang Pembetung Di Sibu
Kanak-Kanak Lelaki Ditemukan Maut Dalam Lubang Pembetung Di Sibu SIBU, 4 Ogos (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang sistem pembetungan di Jalan Pedada di sini petang tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian […]