Siakap Keli
aeril wawa zakat
Gambar: Instagram Aeril Zafrel

“Kewajipan Yang Perlu Dilaksanakan,” Aeril & Wawa Bayar Zakat Perniagaan Lebih RM1 Juta

“Kewajipan Yang Perlu Dilaksanakan,” Aeril & Wawa Bayar Zakat Perniagaan Lebih RM1 Juta

Pasangan selebriti yang juga ahli perniagaan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menunaikan zakat perniagaan dengan membayar sebanyak RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), lapor Sinar Harian.

Aeril, 35, berkata zakat itu adalah hasil perniagaan bagi tahun ini.

“Alhamdulillah, ini kewajipan yang perlu dilaksanakan. Kami bersyukur atas nikmat dan rezeki yang tidak pernah putus daripada Allah SWT.

“Ini juga berkat sokongan tanpa henti daripada semua pihak dan pelanggan setia kami. Semoga 2024 dan tahun seterusnya akan menjadi tahun yang lebih baik lagi buat kita semua,” ujarnya.

Dia juga berharap zakat yang dikeluarkan itu sedikit sebanyak boleh membantu golongan yang memerlukan.

“Dalam rezeki kita, Insya-Allah ada rezeki orang lain juga. Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Saya percaya, LZS adalah agensi terbaik dalam menguruskan perkara ini.

“Semoga usaha ini menjadi langkah awal dan pendorong buat orang lain juga. Percayalah, tidak miskin orang yang bersedekah di jalan Allah,” jelasnya.

BACA JUGA: Cemburu Dipercayai Motif Wanita Ditikam Berkali-Kali

Pada 2022, selebriti tanah air itu telah menunaikan zakat melebihi RM50,000 dan meraih penghargaan daripada LZS.

Sementara itu, dia turut memuat naik satu hantaran video di Instagram yang memaparkan telah selesai melaksanakan tuntutan tersebut.

“Bahawa saya dan isteri dan juga syarikat, dengan ini mengeluarkan zakat yang wajib ke atas kami bagi tahun 2023 sebanyak RM1.15 juta kerana Allah Taala,” ucapnya sewaktu membayar zakat tersebut.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga memuat naik satu hantaran mengenai perkara itu.

“Alhamdulillah syukur Aeril Zafrel & Wawa Zainal kerana sudi berkongsi sekali lagi dengan para asnaf di Zakat Selangor,” tulis LZS.

https://www.instagram.com/p/C1D2l-Jx3nf/

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.