Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Tiada Kategori

Jangan Tak Tahu, “Membawang” Di WhatsApp Pun Boleh Jadi Jenayah, Naik Mahkamah

Nurhanis

Jangan Tak Tahu, “Membawang” Di WhatsApp Pun Boleh Jadi Jenayah, Naik Mahkamah

Pada 2020, Malaysia berada pada tempat kedua di Asia sebagai negara yang mempunyai kes perlecehan siber atau budaya ‘membawang’ yang tinggi. Menurut United Nations Children’s Fund (UNICEF), 3 daripada 10 anak muda di Malaysia pernah ‘diusik’ secara dalam talian.

Sedar tidak sedar, budaya ‘mengusik’ atau ‘membawang’ ini membawa impak buruk sehingga boleh meragut nyawa sepertimana yang berlaku kepada seorang pempengaruh di aplikasi penstriman video sebelum ini.

Dalam dunia tanpa sempadan, masyarakat kini bebas melontarkan pandangan masing-masing di media sosial dan tanpa sedar telah menjadi pahlawan papan kekunci (keyboard warrior) dengan melemparkan kata-kata kesat. Meskipun ia hanyalah ‘kata-kata’ namun siapa sangka, ia adalah lebih tajam daripada pisau.

Jika dahulu kita mungkin boleh dicili atau ‘ditonyoh’ mulut jika bercakap sembarangan, kini dengan adanya akaun palsu di media sosial, ramai pelaku boleh berbuat apa sahaja tanpa risaukan sebarang hukuman.

Bila ‘membawang’ bertukar menjadi jenayah, pelaku boleh dipenjara

Akibat kata-kata kesat individu tidak bertanggungjawab, mangsa berisiko mengalami tekanan yang berpotensi menjurus kepada penyakit seperti depresi, masalah kebimbangan, keresahan dan lain-lain.

Gambar: AFP

Malah, dalam kes yang lebih teruk, tindakan ‘membawang’ ini boleh bertukar menjadi jenayah apabila ia melibatkan unsur ugutan seperti rogol, niat mencederakan, bunuh dan sebagainya. Pelaku boleh disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara ataupun denda.

Seperti kes baru-baru ini yang tular, dipercayai akibat tertekan kerana ugutan di media sosial, mangsa akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya sendiri. Susulan itu, pihak polis telah menahan individu yang dipercayai bertanggungjawab mengugut mangsa sekaligus dipercayai menjadi punca tragedi tersebut berlaku.

Kerajaan ambil serius, bakal bentang isu gangguan atau jenayah siber di Kabinet Jumaat Ini

Oleh itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan isu ini akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini (12 Julai) bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.

Gambar: BERNAMA

Beliau berkata pembentangan itu diminta sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan ia juga akan menyentuh laporan berhubung insiden melibatkan seorang pempengaruh yang didakwa membunuh diri kerana tertekan kerana isu yang sama.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim. Beliau telah meminta supaya isu melibatkan insiden ini dimaklumkan kepada mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.

“Saya telah bertemu dengan ibu mendiang dan telah menyatakan kepada beliau bahawa hal ini telah disampaikan kepada Perdana Menteri dan kita akan teliti,” katanya.

Ujar beliau, pihaknya akan mempertimbang keperluan mengubah akta sedia ada dan mengheret individu yang terlibat dengan kematian mangsa ke muka pengadilan.

Selain itu, Fahmi berkata pihaknya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebelum ini yang mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.

“Saya juga baru pulang dari majlis sambutan maal Hijrah dan dalam majlis itu Duli Yang Amat Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan untuk tidak membuka aib orang lain atau tularkan perkara yang memalukan kerana ini semua akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.

“Kita tahu perkara ini berlaku dalam TikTok tetapi masalah ini bukan di dalam aplikasi itu sahaja malah ramai yang menyalahgunakan aplikasi seperti WhatsApp dan kesalahan-kesalahan bukan hanya dalam isu seperti mengaibkan atau menzahirkan maklumat peribadi yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi,” jelasnya.

Fahmi berkata keluarga pempengaruh itu telah membuat laporan polis dan pihak kementerian telah berhubung dengan TikTok yang menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama lebih proaktif.

“Wakil keluarga juga telah membuat laporan polis dan kita serah kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terhadap pihak yang mungkin terbabit atau terkait dengan insiden yang telah melibatkan kematian pempengaruh itu.