Siakap Keli
don dukun
Kredit: Astro Shaw

Don Dukun Berjaya Raih Kutipan RM1 Juta Hari Pertama Tayangan

Don Dukun Berjaya Raih Kutipan RM1 Juta Hari Pertama Tayangan

Filem seram komedi arahan Wan Hafiz, Don Dukun mendapat RM1 juta kutipan pada hari pertama filem ditayangkan, lapor Astro Gempak.

Gandingan mantap pelakon terkenal, Zul Ariffin, Ropie Cecupak dan Douglas Lim dalam filem ini bukan hanya sekadar penghias skrin. Malah menjadikan penonton tidak kering gusi di samping kemunculan Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan dan ramai lagi.

Menerusi video trailer dari Astro Shaw, filem ini mengisahkan Don iaitu seorang dukun ‘instafamous’ (Zul Ariffin) yang tidak dapat mendalami ilmu keramat keluarga mereka kerana dihalang oleh bapanya, Pak Samad (Datuk Yusof Haslam).

BACA: Siti Saleha Terima Anugerah  “Outstanding Asian Star” Di Korea

Hidup Don berubah apabila seorang janda kaya, Datin Azizah (Marsha Milan), menawarkan ganjaran besar untuk memulihkan anak tirinya, Mia (Sharifah Aryana), yang membawanya ke dalam persaingan dengan bomoh-bomoh lain, termasuk Bomoh Janda (Zarina Anjoulie).

Ia turut memberi ancaman kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa anak tirinya.

Sumber: Astro Gempak, Astro Shaw

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.