Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
tidak campur tangan anwar
Kredit: Bernama

Saya Tidak Pernah Campur Tangan Dalam Urusan Badan Kehakiman – PM Anwar

Azizah Najib

Saya Tidak Pernah Campur Tangan Dalam Urusan Badan Kehakiman – PM Anwar

SUBANG, 21 Disember (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmennya untuk menjamin kebebasan badan kehakiman negara di samping melaksanakan reformasi tadbir urus, dan menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak campur tangan dalam hal berkaitan badan kehakiman sepanjang dua tahun memegang jawatan perdana menteri.

Beliau turut menekankan pendirian tidak bertolak ansur terhadap penyalahgunaan kuasa dalam Kabinet Kerajaan MADANI dan perkhidmatan awam, dengan menyatakan bahawa salah laku tidak akan dibenarkan di bawah kepimpinannya.

“Selama dua tahun saya memegang jawatan Perdana Menteri, saya tidak pernah campur tangan atau mengarahkan mana-mana hakim dalam sebarang isu.

“Tidak, saya tidak akan membenarkan, tiada kompromi (jika ada) sebarang kes yang melibatkan pasukan saya dalam Kabinet dan dalam perkhidmatan awam, itu saya boleh jamin.

“Untuk buka fail 15 tahun lepas, itu batasan saya, tetapi (jika ada) sebarang kes baharu dibawa kepada saya, saya akan menanganinya. Itu reformasi yang saya nyatakan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

BACA: Pengecualian Visa Kepada Rakyat India Dilanjutkan

Sidang media khas itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, bersama kira-kira 100 wartawan tempatan dan antarabangsa.

Anwar seterusnya mengulangi komitmen kerajaan terhadap agenda reformasinya, dan beliau juga faham bahawa usaha melaksanakan perubahan yang ketara memerlukan masa dan usaha gigih.

“Kita jelas, kerajaan ini komited kepada reformasi, tetapi ia mengambil masa,” katanya.

Menjawab beberapa kritikan terhadapnya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada semua tuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan gagal isytihar pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Anwar berkata beliau bingung dengan tindakan pihak berkenaan, dan mengatakan bahawa beliau tidak akan mengganggu proses kehakiman.

BACA: Isu Pensyarah UM Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Sedang Disiasat – KPT

Perdana Menteri mengulangi bahawa badan kehakiman negara ini adalah bebas.

“Mengapa letakkan kesalahan kepada PM (Perdana Menteri). Anda mahu saya campur tangan dalam proses kehakiman? Anda sering bertanya tentang pandangan peribadi saya, suka atau tidak suka..

“Saya memang ada pandangan peribadi, tapi kita bercakap soal kebebasan badan kehakiman.. apabila hakim berikan keputusan berbeza dengan pandangan anda, anda salahkan orang lain dan tidak bersetuju dengan keputusan itu,” katanya.

Khamis lepas Mahkamah Tinggi memutuskan untuk membebaskan Rosmah daripada tuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN atas alasan pertuduhan itu tanpa asas dan pendakwaan tidak mengemukakan sebarang unsur kesalahan dalam pertuduhan yang dikenakan.

Perdana Menteri berkata Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Rosmah dan beliau meminta semua pihak supaya menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

“Terpulang kepada Mahkamah Rayuan, biar Mahkamah Rayuan yang buat keputusan,” katanya.

BACA: Tol Percuma Sempena Krismas Pada 23 & 24 Dis – Nanta

Sumber: Bernama