Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
gaji kwsp rm1 juta
Gambar: Bernama
Tiada Kategori

Gaji RM1.7k Mampu Simpan KWSP RM1 Juta, Ini Penjelasannya

Nur Alissa

Gaji RM1.7k Mampu Simpan KWSP RM1 Juta, Ini Penjelasannya

Seperti yang semua ketahui, kadar gaji minimum RM1,500 sebulan akan dinaikkan kepada RM1,700 sebulan, bermula 1 Februari 2025.

Tentu ramai yang sudah berkira-kira, menunggu pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) ini.

Seiring dengan peningkatan kadar gaji, jumlah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setiap pekerja juga sudah tentu sedikit meningkat.

Gaji RM 1.7k mampu cecah simpanan RM 1 juta?

Menurut Ketua Jabatan Polisi dan Strategi KWSP, Balqais Yusoff, seseorang pekerja dengan gaji minimum RM1,700 sebenarnya mampu membuat simpanan RM1 juta menjelang usia persaraan berdasarkan simulasi.

“Persaraan tidak menakutkan jika kita rancang lebih awal. Kami telah bangunkan simulasi berdasarkan angka. Contohnya, jika seorang pembantu pemasaran yang mula bekerja dengan gaji RM1,700

“Sekiranya, dia mencarum secara konsisten setiap bulan dengan kenaikan gaji tahunan sebanyak 3 peratus, dia akan boleh mengumpul RM1 juta (simpanan KWSP).

“Jumlah ini lebih tinggi daripada Simpanan Asas dan Simpanan Mencukupi pada hari ini,” katanya dalam program Agenda AWANI.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan salah satu institusi kerajaan yang bertindak menguruskan pelan simpanan wajib dan perancangan persaraan pekerja di Malaysia.

Mengulas lebih lanjut, Balqis memberitahu, KWSP menerbitkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA).

Langkah ini bertujuan memberikan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan sekaligus memastikan pencarum dapat mencapai sasaran simpanan dana persaraan yang dikehendaki.

Bagi menuju ke sasaran simpanan ini, pencarum perlu mengikuti tiga garis panduan yang ditetapkan KWSP.

Gambar: Bernama

Simpanan Mencukupi

Simpanan Mencukupi ini merujuk kepada simpanan yang ditetapkan berdasarkan amaun Belanjawanku bagi Individu Warga Emas, yang mana sebanyak RM2,690 untuk 240 bulan, dibundarkan ke atas kepada RM10,000 terdekat (RM650,000).

Simpanan Asas

Simpanan Asas pula termasuk 60 peratus daripada jumlah Simpanan Mencukupi (RM390,000).

Simpanan Dipertingkat

Simpanan Dipertingkat adalah 2 kali ganda Simpanan Mencukupi (RM1.3 juta).

Difahamkan, Rangka Kerja RIA ini akan dilancarkan pada Januari tahun hadapan bagi membolehkan pencarum menetapkan sasaran simpanan mengikut gaya hidup dan aspirasi persaraan yang berbeza.

Sumber: Astro AWANI

BACA: Ini Senarai Kedai MyKasih 2025 Di Setiap Negeri

BACA: Senarai Barangan MyKasih 2025 Yang Boleh Dibeli

BACA: Ini Jenis Plug & Barang Elektrik Yang Sesuai Digunakan