Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
program titipan kasih back to school
YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN diiringi dif-dif kehormat bergambar bersama penerima sumbangan.
Tiada Kategori

200 Pelajar Sekolah Terima Bantuan Persekolahan Menerusi Program Titipan Kasih Back To School

Nurul Naqiyah

200 Pelajar Sekolah Terima Bantuan Persekolahan Menerusi Program Titipan Kasih Back To School

Pulau Pinang, 13 Februari 2025 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Harian Metro hari ini telah mengadakan Program Titipan Kasih Back To School. Program ini merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanakan setiap tahun oleh PTPTN dan merupakan tahun kedua pelaksanaanya bersama Harian Metro.

Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dan meraikan pelajar yang melangkah masuk ke sesi baharu persekolahan dengan kelengkapan set pakaian serta beg sekolah yang baharu. Selain itu, program hasil kerjasama antara PTPTN dan Harian Metro ini adalah sebagai salah satu usaha dalam menyokong pendidikan anak bangsa dan memberikan peluang yang lebih baik kepada mereka yang memerlukan.

program titipan kasih back to school
YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN merasmikan Program Titipan Kasih Back To School Bersama PTPTN dan Harian Metro Tahun 2025.

Program Titipan Kasih Back To School Bersama PTPTN dan Harian Metro Tahun 2025 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN. Turut hadir YBrs. Encik Husain Jahit, Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek Titipan Kasih Harian Metro, YBrs. Encik Mohamad Said bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Encik Azlan Abdul Aziz, Pengurus Besar Kumpulan, Komunikasi Korporat Kumpulan dan Pejabat Pengerusi, Media Prima Berhad, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN serta Encik Muhammad Muhsin bin Abdul Rahman, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang.

Program ini memberi manfaat kepada 200 orang pelajar dari dua (2) buah sekolah terpilih di Pulau Pinang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Hj Mohamed Nor Ahmad, Pulau Pinang. Melalui program ini, pelajar asnaf akan menerima bantuan set pakaian sekolah serta beg sekolah berjumlah RM37,000 sumbangan daripada PTPTN.

Manakala pihak Media Prima Berhad pula turut memberikan sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM20,000 di mana setiap pelajar akan menerima RM100.00 setiap seorang. Bagi memastikan bantuan yang diberikan dinikmati oleh golongan sasar, program ini turut melibatkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Menurut YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, “Program Titipan Kasih Back To School merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat PTPTN dalam memberikan sokongan kepada golongan asnaf. Kami percaya pendidikan adalah kunci utama untuk mengubah kehidupan dan kami berusaha memastikan semua pelajar berpeluang untuk menerima pendidikan tanpa mengira latar belakang kewangan.”

“Melalui program ini juga secara tidak langsung menunjukkan komitmen kami di PTPTN untuk memastikan pendidikan dapat diakses oleh semua. Kami percaya bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang yang sama untuk berjaya dan melalui usaha bantuan ini kami berharap dapat meringankan beban keluarga asnaf serta memberi semangat baharu kepada anak-anak untuk memulakan tahun persekolahan dengan penuh keyakinan dan harapan”, tambah beliau lagi.

program titipan kasih back to school
Salah seorang pelajar menerima set lengkap pakaian dan beg sekolah serta sumbangan Simpan SSPN Prime semasa Program Titipan Kasih Back To School PTPTN dan Harian Metro Tahun 2025 di Pulau Pinang.

Sementara itu, Encik Husain Jahit, Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek Titipan Kasih Harian Metro berkata, “Melalui sumbangan ini, kami berharap dapat memupuk budaya menabung dalam kalangan pelajar sejak usia muda serta membantu mereka merancang masa depan pendidikan dengan lebih baik. Inisiatif ini juga bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dalam memastikan akses pendidikan yang lebih terjamin untuk anak-anak mereka.”

“Inisiatif yang dilaksanakan oleh Harian Metro ini turut mencerminkan keprihatinan dan komitmen Media Prima Berhad dalam menyumbang kembali kepada masyarakat. Melalui pelbagai program yang dirangka, kami berusaha untuk memberikan impak positif yang berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup mereka,” ujarnya lagi.

PTPTN telah mewujudkan instrumen simpanan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebagai platform terbaik untuk menggalakkan masyarakat membuat perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi. Simpan SSPN menyediakan pelbagai keistimewaan dan manfaat seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan dijamin kerajaan.

PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang merupakan peneraju tabung pendidikan tinggi negara akan terus komited dalam meningkatkan pelaksanaan program-program CSR demi pembangunan anak bangsa selari dengan moto PTPTN, Peluang Kejayaan Anda dan tagline PTPTN Prihatin : Kami Kongsi, Kami Bantu.