Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
kekangan wang pelajar MARA
Gambar: BERNAMA
Tiada Kategori

Pilu, Pelajar Cemerlang SPM 9A MARA Tak Hadir Ambil Keputusan Sebab Kekangan Wang

Azizah Najib

Pilu, Pelajar Cemerlang SPM 9A MARA Tak Hadir Ambil Keputusan Sebab Kekangan Wang

Keputusan peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) yang telah diumumkan semalam menjadi bualan hangat di laman sosial.

Tidak mengira siapa, rata-rata pengguna media sosial teruja berkongsi pengalaman masing-masing sama ada sebagai calon yang mengambil keputusan, mahupun ibu dan bapa calon.

Apa sahaja keputusan yang diterima, setiap calon berhak untuk mendapat peluang menyambung pelajaran hingga ke peringkat tertinggi tanpa ada yang terkecuali.

Dengan keputusan cemerlang yang diperoleh, satu kerugian besar buat calon jika tidak berpeluang melangkah lebih jauh disebabkan beberapa kekangan yang dihadapi.

Hari ini, Pengerusi Majlis Amanah Raya (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa pilu berhubung kisah pelajar cemerlang MARA yang tidak dapat hadir mengambil keputusan SPM.

Menurut Dr Asyraf, pelajar yatim dan miskin MRSM Pengkalan Chepa itu meraih keputusan 9A, namun tidak dapat hadir untuk mengambil keputusan peperiksaan kerana kekangan kewangan.

“MARA akan tanggung pelajar ini sampai universiti hatta ke luar negara,” ujar beliau.

Susulan itu, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah MARA untuk mengumpulkan kesemua pelajar cemerlang MRSM di seluruh negara dengan kadar segera.

Calon yang menerima bantuan pendidikan MARA (BUDI) dalam kalangan pelajar miskin tegar yang mendapat semua A juga tidak terkecuali.

“Satu program khas akan diadakan bagi menerangkan peluang-peluang dalam bidang strategik yang ditawarkan MARA bagi memenuhi keperluan kerjaya masa hadapan,” jelas beliau.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak MARA berbesar hati untuk membimbing calon miskin yang cemerlang dalam pendidikan sehingga mereka menyambung pengajian di luar negara.

Pilu, pelajar cemerlang MARA raih 9A SPM tak dapat ambil kepututusan sebab kekangan wang

“Sebagaimana yang selalu saya tekankan pada pelajar-pelajar, hanya ilmu yang boleh mengubah kehidupan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan pendiriannya dalam membantu generasi muda.

“InsyaAllah amanah ini akan saya galas untuk membela lebih ramai anak bangsa yang kurang bernasib baik sebelum ini,” tambah beliau.

Melihat reaksi orang ramai, usaha beliau menerima pujian dan sokongan yang memberangsangkan. Rata-rata warga maya turut meluahkan rasa syukur atas tindakan segera beliau.

Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

BACA: Air Mata Kesyukuran Mak Ayah Iringi Calon SPM 2024 Ambil Keputusan

BACA: 355,933 Calon Layak Terima Sijil SPM 2024