Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Gambar Hiasan (Foto: Bernama)

Tular Video Dua Harimau Berkeliaran Di Kawasan Kampung Kemungkinan Haiwan Peliharaan

Edayu

Video yang tular di media sosial semalam mengenai kemunculan harimau belang di sebuah perkampungan telah mengejutkan para penduduk sekitar. Paling terkesan apabila seekor harimau bertindak seperti menekam seorang lelaki namun, rupanya ia menjilat dan mencium lelaki tersebut.

Bagaimanapun, rujuk pada Bernama hari ini, dua ekor harimau yang ditemui berkeliaran di sekitar Kampung Besul, Bukit Besi di sini pagi semalam berkemungkinan haiwan peliharaan berdasarkan sifatnya yang jinak, kata Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof.

Dr Abdul Malek berkata pihaknya mengesyaki dua ekor harimau yang dipercayai seekor betina dan anak jantannya itu adalah haiwan peliharaan yang dilepaskan oleh pemiliknya ke dalam hutan sebelum tersesat memasuki kawasan kampung.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat pastikan perkara ini dengan tepat sebelum haiwan itu dapat ditangkap dan jika diikutkan binatang ini secara amnya sukar untuk dapat penyakit,” katanya malam tadi ketika ditemui pemberita di lokasi harimau itu ditemui berkeliaran.

Semalam tular di laman sosial mengenai kehadiran dua ekor harimau di Kampung Besul, Bukit Besi sekitar 10 pagi dan perkara itu disahkan oleh Dr Abdul Malek.

Dr Abdul Malek berkata sejak petang semalam, pihaknya telah mengerah 20 kakitangan Perhilitan ke lokasi kejadian untuk mengesan serta menangkap dua ekor harimau itu.

Beberapa perangkap juga telah dipasang di lokasi yang dikenal pasti dan diharap akan membuahkan hasil dalam masa segera bagi menghilangkan kegelisahan penduduk kampung.

“Jika terserempak jangan cuba bertindak berani dengan mendekatinya kerana bimbang akan diserang haiwan itu yang merasakan dirinya terancam,” katanya.

Beliau juga menasihati penduduk kampung supaya bertenang dan bersabar kerana pihak Perhilitan sedang berusaha menangkap kedua-dua harimau itu.

Sumber: Bernama