Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi

Polis Akan Panggil Individu Dakwa Lihat Kemalangan Di Lebuh Raya

Fildza Zainal

Polis akan memanggil pihak yang mendakwa melihat kejadian seorang lelaki yang dilaporkan maut dalam pergaduhan pada Sabtu di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Bandar Baru Bangi, susulan satu kemalangan, untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pihaknya sedang mengesan individu terlibat untuk dipanggil memberi keterangan berdasarkan dakwaan yang dibuat mereka melalui hantaran dan komen-komen di media sosial.

“Pihak polis sentiasa memantau media sosial, kita pantau apa yang ditulis, dikomen dalam media sosial berhubung kes ini. Sebab itu, kita minta netizen supaya tidak keluarkan apa-apa kenyataan yang salah dan bertentangan kerana ia boleh memudaratkan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, ditanya sama ada kes itu dirujuk sebagai kes buli jalan raya, beliau enggan mengulas perkara itu.

“Saya enggan mengulas kes berkenaan kerana masih dalam siasatan lagi dan polis siasat kes ini di bawah Seksyen 302 kerana membunuh serta mengikut undang-undang,” katanya.

Selain itu, Fadzil berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menahan pihak yang menyebarkan maklumat palsu dan membangkitkan isu perkauman menerusi media sosial berhubung kes itu.

“Polis masih dalam proses mengenal pasti latar belakang individu terlibat dan berharap orang ramai jangan memburukkan keadaan sebaliknya tampil ke balai polis jika mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini,” katanya.

Dalam insiden itu, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, dilaporkan maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu lelaki lain ekoran pergaduhan antara mereka yang didahului dengan satu kemalangan kecil melibatkan kenderaan mereka.

Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes yang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kedua-dua mereka direman tujuh hari sehingga 17 Ogos ini.

Sumber: BERNAMA