Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat

Isu Arak: Kerajaan Kedah, Perak Akan Turuti Langkah Kerajaan Pusat, Sokong Perketat Undang-Undang

Nur Adnin

ALOR SETAR, 3 Jun — Kerajaan Negeri Kedah akan mengambil tindakan yang selari dengan kerajaan pusat dalam isu berkaitan cadangan mengkaji semula undang-undang membabitkan penjualan arak di negeri ini.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata Kerajaan Persekutuan mempunyai lebih bidang kuasa dalam perkara berkenaan, justeru apa sahaja yang akan diputuskan di peringkat pusat akan diikuti kerajaan negeri.

“Kedah ambil sikap sokong apa-apa sahaja ketetapan yang dibuat di peringkat Persekutuan dalam menjaga nyawa orang ramai yang lebih penting.

Cadangan untuk perketat peraturan dan tingkatkan hukuman, misalnya membayar pampasan kepada keluarga mangsa, saya rasa ia munasabah untuk dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sama ada perlu penjualan arak di negeri ini khususnya di Langkawi dibekukan , ekoran banyak berlaku kemalangan jalan raya membabitkan pemandu disyaki mabuk sehingga menyebabkan kematian kebelakangan ini.

Muhammad Sanusi berkata, setiap keputusan yang dibuat juga perlu mengambil kira hak masyarakat bukan Islam kerana halangan tidak boleh dikenakan jika agama mereka tidak melarang sesuatu perkara itu termasuk minum arak.

Sementara itu di IPOH, Kerajaan Negeri Perak sedang memperhalusi pelbagai cadangan berkaitan pengambilan dan penjualan arak termasuk memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) susulan banyak kemalangan jalan raya disyaki disebabkan oleh pemabuk kebelakangan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sekiranya SOP diperketat ia akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak polis, namun sebarang keputusan bakal mengikut ketetapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Kita akan lihat kepada keperluan sama ada untuk membeku (pengeluaran lesen baharu) buat sementara atau hanya perlu mengeluarkan SOP yang lebih ketat dengan kerjasama pihak polis,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan POP Travels Cer Citer di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata sebarang keputusan untuk terus menghapuskan penjualan arak perlu dilihat secara teliti kerana dibimbangi ia akan menyebabkan orang ramai mendapatkannya secara haram.

“Saya percaya kalau kita hapuskan terus, ia bukan perkara mudah tetapi apa yang penting adalah mendidik orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dengan mengehadkan kuantiti pengambilan alkohol.

“Jika anda mahu minum arak, minum dengan rasa bertanggungjawab, anda tidak sekali-kali minum sebelum memandu. Jangan main-main perkara ini, arak adalah satu perkara yang boleh menjadi pembunuh utama, saya risau,” katanya.

Di SEREMBAN, pula Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata permohonan baharu lesen penjualan arak masih mengikut prosedur sedia ada yang telah ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Eksais di setiap daerah di negeri ini.

“Di Negeri Sembilan kita tiada isu yang melibatkan pemberian lesen baharu tetapi setakat ini hanya permohonan memperbaharui lesen sedia ada sahaja yang kita ada terima maknanya tiada lesen baharu diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Katanya syarat sedia ada bagi permohonan baharu lesen penjualan arak adalah sangat ketat dan bukan mudah untuk diperoleh.

“Kerajaan negeri akan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Eksais yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah di setiap negeri sebelum memproses sesuatu permohonan baharu,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia untuk menimbang cadangan mengkaji semula undang-undang membabitkan penjualan arak berikutan semakin banyak kemalangan jalan raya membabitkan pemandu disyaki mabuk sejak kebelakangan ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata sebarang keputusan berkaitan undang-undang berhubung penjualan arak perlu dibuat secara teliti kerana ia membabitkan jangka panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc.

Sumber: BERNAMA