Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu

(Video) Didapati Jalankan Aktviti Perjudian Secara Haram, 146 Premis di Johor Dipotong Bekalan Elektrik – Datuk Ayob

Edayu

JOHOR BAHRU, 2 Sept – Polis Johor meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) menyenaraihitamkan mana-mana pemegang lesen perniagaan yang menyalahguna lesen berkenaan bagi melindungi aktiviti perjudian di premis mereka.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ini bagi memastikan mereka tidak mengulangi perbuatan itu di masa akan datang, kerana siasatan mendapati ada premis berkenaan yang terus menjalankan aktiviti sama walaupun sudah beberapa kali diserbu.

Menurutnya operasi bersepadu pemotongan bekalan elektrik bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini menyaksikan empat premis dipotong bekalan elektriknya selepas ada antara premis itu didapati menjalankan aktiviti perjudian dengan berselindung di sebalik perniagaan kedai serbaneka, kedai kopi, kedai buku dan kedai menjual alatan komunikasi.

“….pemilik perniagaan ini … kita akan serahkan kepada PBT. Kita akan pastikan mereka ini disenarai hitam (agar) pada permohonan akan datang, dia tidak dibenarkan untuk menjalankan perniagaan. Ada premis-premis yang kita potong bekalan hari ini dah tiga empat kali kita serbu, didapati menjalankan aktiviti perjudian, tetap masih mengulanginya.

“Jadi, kita harap dengan tindakan memotong bekalan elektrik ini akan memberi satu mesej yang keras kepada sindiket perjudian ini,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui selepas operasi pemotongan bekalan elektrik bersama TNB di sekitar Taman Daya, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh dua bulan lepas, polis Johor telah mengadakan 695 serbuan dan menangkap 1,018 individu berkaitan dengan pelbagai aktiviti perjudian haram.

Sumber: Bernama