Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
ISTERI PTD SALWANI
Gambar: BERNAMA
Isteri Bekas PTD Salwani Didakwa Terima RM5,000 Hasil Aktiviti Haram

BERNAMA

Isteri Bekas PTD Salwani Didakwa Terima RM5,000 Hasil Aktiviti Haram

KUALA TERENGGANU, 26 Jan (Bernama) -- Isteri kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Salwani Anuar@Kamaruddin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5,000 tahun lepas.

Salwani, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” katanya selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang berjumlah RM5,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di Kerteh dekat Besut, pada 16 Jan 2025.

Pertuduhan ke atas Salwani dikemukakan di bawah Subseksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 4 (1) akta serupa.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan, atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Maziah Mohaide, menawarkan agar tertuduh dibenarkan ikat jamin sama seperti yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini, iaitu RM30,000 dengan dua penjamin, bersama syarat tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

“Memandangkan saya akan memohon kes ini dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama kes tertuduh sebelum ini serta kes suaminya (Muhammad Hafizuddeain), tiada halangan sekiranya jaminan yang sama digunakan pada hari ini terhadap tertuduh,” katanya.

Peguam Fahmi Abd Moin, menyatakan pihaknya tiada halangan dan bersetuju dengan tawaran jaminan yang diberikan timbalan pendakwa raya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sama seperti yang diberikan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini, berserta syarat-syarat serupa.

Hakim juga menetapkan 30 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama kes Salwani sebelum ini.

Pada 22 Jan lepas, Salwani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan sama membabitkan wang berjumlah RM77,000 dan dibenarkan diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin oleh Hakim Rosli Ahmad.

Pada hari yang sama, suaminya, Muhammad Hafizuddeain, 58, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah lebih RM2.12 juta, manakala pada Jumaat berikutnya, beliau didakwa di Mahkamah Shah Alam atas dua pertuduhan berkaitan kesalahan sama membabitkan jumlah RM145,000.

Pada 7 Jan lepas, SPRM melalui Ops Parasit menahan seorang pegawai tinggi bersama dua isterinya berkaitan projek perolehan tender Tentera Darat. Keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.

Siasatan SPRM terhadap kes itu bermula sejak 7 Okt 2025 dan dianggap sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.

Pada 23 Dis 2025, sepasukan pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak 2023.

Sementara itu, Fahmi ketika ditemui pemberita selepas prosiding mahkamah berkata anak guamnya yang menghidap bisul kronik di paha akan pulang ke Kuala Lumpur esok atau Rabu untuk menjalani prosedur membuang bisul tersebut.

Terdahulu, Salwani, yang memasuki kamar mahkamah menggunakan kerusi roda, dilihat berjalan terhincut-hincut ke kandang tertuduh sebelum mendengar pertuduhan ke atasnya sambil duduk di kerusi.