Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
pihak luar kedaulatan negara
Gambar: Bernama

Pihak Luar Tiada Hak Campuri Urusan Kedaulatan Negara – JIM

Iqbal Yasir

Pihak luar tiada hak campuri urusan kedaulatan negara dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sahaja mempunyai kuasa untuk membuat pengeluaran Visa dan Pas

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Sri Khairul Dzaimee Daud menegaskan bahawa mana-mana pihak luar tiada hak dalam mencampuri urusan kedaulatan dan undang-undang negara.

Beliau berkata sedemikian bagi merujuk kepada serbuan yang dilakukan terhadap petempatan warga asing di Nilai Spring, Negeri Sembilan yang mendapat reaksi dari sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO).

Menerusi satu laporan portal berita, NGO tersebut mengatakan bahawa petempatan warga asing itu tidak haram.

Menurut Khairul, hanya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sahaja mempunyai kuasa untuk membuat pengeluaran Visa dan Pas kepada warganegara asing untuk tinggal dan bekerja di negara ini.

“Kedutaan asing tidak mempunyai kuasa mengeluarkan apa jua bentuk Pas bagi membenarkan rakyat mereka menetap di Malaysia walaupun untuk tempoh sementara,” katanya.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye: Istana Gaziantep Berusia 2,200 Tahun Runtuh

Tambah Khairul, fakta itu tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak.

“Mereka yang ditahan dalam operasi bersepadu ini adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Tiada mana-mana pihak yang boleh mempersoalkan kewajaran JIM melaksanakan operasi membenteras PATI.

“Hal ini kerana ia adalah tugas hakiki Jabatan ini,” jelasnya lagi.

Tegasnya lagi, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa negara luar apabila didapati melanggar undang-undang imigresen negara berkenaan.

Justeru, Khairul menggesa semua pihak hendaklah menghormati kedaulatan undang-undang sesebuah negara.

Terdahulu, JIM Negeri Sembilan dalam satu Operasi Penguatkuasaan Bersepadu telah menyerbu petempatan warga asing itu pada 1 Februari.

Memetik laporan Bernama, rakyat Indonesia yang ditahan menerusi operasi penguatkuasaan itu dipercayai tidak berniat untuk pulang ke negara asal.

Mereka sebaliknya ingin terus berada di negara ini walaupun tanpa dokumen sah.

Dalam operasi tersebut, JIM dilaporkan berjaya menahan seramai 67 orang warga Indonesia.

Mereka dipercayai tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan.

Ia melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan petempatan tersebut mendapati bahawa ia telah dimusnahkan untuk mengelakkan mereka kembali ke sana.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)