Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
fungsi mahkamah jenayah antarabangsa icc
Kredit: Bernama

Arah Tangkap Presiden Rusia, Ketahui Apa Kuasa Serta Fungsi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Arah Tangkap Presiden Rusia, Ketahui Apa Kuasa Serta Fungsi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)

Baru-baru ini, pihak ICC telah mengeluarkan satu waran tangkap ke atas dua orang individu yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak Ukraine.

Antara suspek yang terlibat adalah Presiden Rusia, Vladimir Putin serta Pesuruhjaya Hak Kanak-Kanak Rusia, Maria Lvova-Belova.

Namun, nampak ramai di antara kita masih kurang mengenali sosok entiti ICC ini? Adakah kuasanya cukup tinggi sehingga mampu ‘mengheret’ pemimpin dunia ke muka pengadilan?

Bagi menjawab segala persoalan anda, Siakap Keli akan menerangkan entiti ICC ini secara satu persatu.

Melalui Statut Rom, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ditubuhkan sebagai satu badan undang-undang.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court, ICC) merupakan sebuah badan perundangan tetap yang ditubuhkan menerusi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa 1998.

Berdasarkan perjanjian tersebut, badan berkenaan akan menyiasat, membicarakan individu-individu yang didakwa terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan segala jenayah ke atas kemanusiaan.

Fungsi mahkamah jenayah antarabangsa icc

Mereka juga berkuasa untuk menjatuhkan hukuman penjara ke atas individu yang disabitkan kesalahan.

Pada 1 Julai 2002, sidang mahkamah tersebut mula diadakan selepas 60 buah negara meratifikasikan perjanjian berikut. Ibu pejabat bagi badan perundangan ini terletak di The Hague, Belanda.

Perbezaan ICC dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice)

Penubuhan ICC sebagai mahkamah merupakan satu langkah terakhir bagi membicarakan tindakan-tindakan yang keji setelah kegagalan mahkamah kebangsaan untuk bertindak ke atasnya.

apa itu mahkamah jenayah antarabangsa icc
Kredit: PBB

Berbeza dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) yang diwakili oleh negara-negara terlibat, ICC menjalankan pendakwaan terhadap sesuatu kes menerusi individu yang terlibat.

Bidang kuasa mahkamah meliputi kesalahan jenayah yang berlaku selepas 1 Julai 2002, yang dilakukan sama ada di negara yang telah mengesahkan perjanjian itu atau oleh warganegara di negara tersebut.

Setakat ini, sebanyak 139 buah negara telah menandatangani perjanjian tersebut, termasuklah beberapa negara di Timur Tengah dan Asia.

Walaupun Statut Rom telah mendapat sambutan ramai, terdapat kuasa veto yang tidak menyertai perjanjian tersebut. Malaysia turut keluar daripada statut tersebut pada 2019.

penglibatan malaysia dalam mahkamah jenayah antarabangsa icc
Penglibatan Malaysia Dalam Statut Rom | Kredit: Bernama

Dalam pada itu, China, Rusia dan Amerika Syarikat telah menolak daripada menandatangani perjanjian tersebut. Malah, Amerika Syarikat telah menggugut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeluarkan pasukan tenteranya daripada pasukan pendamai PBB.

Negara tersebut akan berbuat demikian melainkan warganegaranya (tentera dan orang awam) dikecualikan daripada didakwa ICC.

Antara pembicaraan yang pernah dikendalikan ICC

Namun begitu, lima tahun selepas sidang pertamanya, lebih daripada 100 buah negara telah meratifikasikan perjanjian tersebut.

Semua negara ahli akan diwakili dalam Perhimpunan Negara-Negara bagi memantau segala aktiviti ICC.

Sesi perbicaraan pertama ICC diadakan sekitar 2006. Tujuan perbicaraan tersebut adalah untuk menentukan sama ada tindakan patut dikenakan ke atas Thomas Lubanga, yang didakwa merekrut askar kanak-kanak di Congo.

Perbicaraan Lubanga merupakan julung kali diadakan pihak ICC. Sesi tersebut bermula pada 2009 dan pada Mac 2012, pihak mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun.

Pada Mei 2007 pula, pihak mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas menteri dan ketua kumpulan militan di Sudan.

Waran tersebut dikeluarkan berkenaan peranan pihak-pihak terbabit dalam jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan rakyat Sudan di Darfur.

ICC turut mengeluarkan waran yang serupa ke atas Presiden Sudan ketika itu, Omar Hassan Ahmad al-Bashir pada Mac 2009. Ini merupakan kali pertama pihak mahkamah mengeluarkan penangkapan bagi ketua negara.

apa itu mahkamah jenayah antarabangsa icc
Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Seterusnya, ICC telah memulakan penyiasatan terhadap perbuatan jenayah yang didakwa dilakukan oleh pasukan bersenjata Myanmar terhadap kaum Rohingya. Kaum Rohingya merupakan satu komuniti Muslim yang tertumpu di bahagian Rakhine (Arakan), Myanmar.

Manakala, perbicaraan yang terbaharu adalah pada Mac 2022, iaitu selepas Rusia mengeluarkan pasukan tenteranya secara besar-besaran ke atas Ukraine.

Baru-baru ini, pihak ICC mengumumkan satu siasatan dijalankan bagi meninjau sebarang perbuatan jenayah yang mungkin dilakukan pihak Rusia ketika berada di Ukraine.

BACA: ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Vladimir Putin

Sumber: Encyclopaedia Britannica