Siakap Keli
alternatif minyak kelapa sawit
Kredit: Queen Margaret University

Saintis Scotland Dakwa Berjaya Hasilkan Produk Alternatif Kepada Minyak Kelapa Sawit

Saintis Scotland Dakwa Berjaya Hasilkan Produk Alternatif Kepada Minyak Kelapa Sawit

Sekumpulan saintis berasal dari Scotland mendakwa berjaya menghasilkan produk atlternatif kepada minyak masak kelapa sawit.

Menurut STV News, produk alternatif dikenali sebagai PALM-ALT itu dibangunkan oleh Dr Julien Lonchamp bersama pasukannya di Universiti Queen Margaret, Edinburgh.

Lapor media itu lagi, PALM-ALT boleh dihasilkan daripada tumbuhan 100 peratus dan boleh ditemui di seluruh dunia. Ia sekaligus menjadikan produk itu dapat dihasilkan oleh semua negara.

Pasukan penyelidik mengesahkan bahawa produk alternatif itu juga bebas daripada sumber kelapa dan kelapa sawit.

Pada masa yang sama, ia juga bebas dari sebarang bahan alahan dan tidak memiliki sebarang perasa, gula, pemanis, pengawet dan pewarna.

Kandungan lemak tepunya didapati 80 peratus lebih rendah dan kalorinya juga 30 peratus lebih rendah. Dr. Julien juga mendakwa PALM-ALT jauh lebih sihat.

Kajian-kajian awal termasuk menggunakan sumber rami Belanda, serat dan minyak rapeseed menunjukkan potensi besar produk alternatif itu.

Setakat ini, pasukan penyelidik sudah berjaya mendapatkan dana daripada kerajaan UK untuk tujuan kajian kebolehpasaran produk berkenaan.

Sekiranya semua berjalan lancar, mereka merancang untuk menjalin kerjasama dengan beberapa pengilang dan pengeluar produk makanan. Antaranya menghasilkan produk makanan menggunakan PALM-ALT sebagai pengganti kepada minyak sawit.

Secara umumnya, minyak kelapa sawit merupakan bahan utama dalam industri makanan. Minyak masak sawit digunakan secara meluas dalam penghasilan kek, biskut, pastri, manisan, sos dan lain-lain lagi.

BACA: Sekali Tepuk Terus Keluar, Cara Mudah Asingkan Salad ‘Mak Tam’, Tak Perlu Kopek Satu-satu

Kandungan lemak tepunya yang tinggi dapat membantu produk makanan untuk kekal dalam bentuk pepejal dalam suhu bilik. Selain itu, minyak kelapa sawit telah terbukti memiliki peranan penting dalam sektor bakeri.

Penyelidik juga melihat ini peluang untuk pengeluar melayan kehendak pelanggan yang mahukan alternatif kepada minyak kelapa sawit dalam produk makanan dibeli mereka.

Setakat ini, tiada jangkaan dikeluarkan oleh penyelidik bila produk PALM-ALT itu akan dikormesialkan. Menurut WEF, minyak sawit kekal sebagai minyak sayuran paling banyak dihasilkan di dunia, iaitu 40 peratus daripada keseluruhan minyak sayuran yang dihasilkan.

BACA: Cara Nak Set “Legacy Contact” Untuk Iphone, Waris Boleh Akses Akaun Jika Pemilik Meninggal Dunia

Sumber: STV, BBC

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.