Jaguh Muaythai, Rifdean Masdor Menang Debut ONE Championship Dengan TKO
Atlet Muaythai negara, Mohd Rifdean Masdor sekali lagi telah mencipta nama apabila berjaya memenangi pusingan pertama ONE Friday Fights 56 di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand, pada malam Jumaat.
Dalam aksi berkenaan, beliau berjaya menumpaskan wakil Thailand, Pichai Lookbanmai dalam masa 1 minit 18 saat sahaja. Rifdean berjaya memenangai pertarungan tersebut secara technical knock out (TKO) selepas Pichai tidak berdaya menahan pukulan bertalu-talu yang ‘dihadiahkan’ oleh petinju dari Perak itu.
Bersama kemenangan tersebut, Rifdean yang juga digelar Magic Boy turut membawa pulang hadiah sebanyak 350,000 Baht.
Lebih membanggakan, kemenangan tersebut diraih ketika beliau membuat penampilan sulungnya di pentas ONE Championship.
MASTERFUL 💯 Rifdean Masdor debuts with a dominant first-round win! @mohdrifdean_masdor#ONEFridayFights56 | 🔴 Live Now
🌎 Live TV broadcast in 190+ countries (check local listings)
🌎 Also available on https://t.co/eBUfsOlZOd (geo-restrictions may apply) pic.twitter.com/1NqbmOpaFQ— ONE Championship (@ONEChampionship) March 22, 2024
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Rifdean ternyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas aksi tersebut berakhir.
“Saya benar-benar berterima kasih dengan semua sokongan yang anda berikan, terutamanya oleh jurulatih, ahli keluarga dan pasukan saya di Malaysia.
“Tanpa sokongan mereka, kejayaan ini mungkin tidak dapat diraih. Saya bertekad untuk bekerja keras dan merangkul lebih banyak kejayaan di masa hadapan. Syukur, Alhamdulillah, ” katanya.
Rangkul pelbagai kejuaraan dan kemenangan sebelum ini
Terdahulu, Rifdean turut menempa nama apabila berjaya muncul Juara Dunia Muaythai buat tiga kali berturut-turut dalam dua kategori berbeza.
Beliau muncul sebagai IFMA Juara Muaythai Dunia Senior U23 2021 Thailand -48kg, IFMA Juara Muaythai Dunia Senior U23 2022 Abu Dhabi -48kg dan IFMA Juara Muaythai Dunia Senior U23 2023 Thailand -51kg.
Pada 2019, beliau turut muncul sebagai IFMA Juara Muaythai Remaja Dunia 2019 Turkiye -45kg dan meraih emas Sukan Sea Filipina Muaythai 49kg.
Di peringkat kebangsaan pula, Rifdean turut merangkul emas SUKMA 2018 dan 2022 dalam acara tersebut.
Dengan kemenangan ke atas Pichai, Rifdean bermula langkah kanan dan kini memegang rekod 1-0 di ONE Championship.
Apa pun, kehadiran Rifdean disamping Jojo Ghazali pasti menambah keterujaan para peminat sukan Muaythai dan MMA tempatan.
https://www.facebook.com/muaythai.malaysia/posts/pfbid027JdkrgQMUx928Z5MEnjrqdq3bDgb2Co43xit5Jjkncrz1mVv7tiTL25b9zX73CTsl
BACA: Arab Saudi Bakal Bina Taman Tema Dragon Ball Pertama Di Dunia
Sumber: ONE Championship via X