Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
jepun gempa bumi mega
Kredit: STR/JIJI PRESS/AFP

Agensi Meteorologi Jepun Beri Amaran Risiko Berlakunya Gempa Bumi Mega

Azizah Najib

Agensi Meteorologi Jepun Beri Amaran Risiko Berlakunya Gempa Bumi Mega

Jepun — Susulan gempa bumi 7.1 magnitud yang berlaku di selatan Pulau Kyushu semalam, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) telah mengeluarkan amaran gempa bumi mega yang mampu meragut ratusan ribu nyawa.

Amaran itu merupakan pertama kali dikeluarkan oleh agensi terbabit di bawah peraturan baharu yang dirangka selepas gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear pada 2011.

“Jika berlaku gempa bumi yang kuat pada masa hadapan, gegaran kuat dan tsunami besar bakal terbentuk.

BACA: Olimpik Paris: Rizki Juniansyah Hadiahkan Emas Kedua Untuk Indonesia

“Kebarangkalian berlakunya gempa bumi besar adalah lebih tinggi daripada biasa, tetapi ini bukan petunjuk yang gempa bumi besar pasti berlaku dalam tempoh masa tertentu,” kata JMA dalam amaran tersebut.

Amaran tersebut menekankan zon benam Nankai Trough (palung) antara dua plat tektonik di Lautan Pasifik yang pernah dilanda gempa bumi besar suatu ketika dahulu.

Palung Nankai merupakan dasar laut sepanjang 800 kilometer dari Shizuoka, Tokyo Barat hingga ke selatan Pulau Kyushu. Ia terkenal sebagai tapak yang menghasilkan gempa bumi bermagnitud lapan atau sembilan, setiap tempoh satu atau dua abad. Gempa bumi mega sering berlaku secara berpasangan dan telah diketahui mampu menghasilkan tsunami yang bahaya di sepanjang pantai di selatan Jepun.

BACA: Olimpik Paris: Kecewa Penyertaan Dibatalkan, Atlet Gusti India Umum Bersara

Sedikit maklumat, pada tahun 1707 berlaku tragedi dahsyat di Jepun apabila Palung Nankai pecah sekaligus. Kejadian ini mencetuskan gempa bumi yang sehingga kini kekal sebagai gempa bumi kedua terdahsyat dalam rekod Jepun.

Kejadian tersebut turut mencetuskan letusan terakhir Gunung Fuji dan diikuti dua gempa bumi mega Nankai pada tahun 1854. Kejadian ini diikuti pula sepasang gempa bumi pada tahun 1944 dan 1946.

BACA: Petronas Tamatkan Operasi Di Sudan Selatan

Menurut kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh kerajaan Jepun sebelum ini, gempa bumi mega bermagnitud lapan hingga sembilan mempunyai kebarangkalian setinggi 70 peratus untuk berlaku dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Pakar menganggarkan senario terburuk boleh berlaku dengan menyebabkan 300,000 nyawa bakal terkorban. Dalam masa yang sama, beberapa jurutera turut menganggarkan kerosakan infrastruktur yang bakal terhapus mampu mencecah sehingga USD 13 trilion.

Jepun turut mengingatkan orang ramai yang menetap di zon gempa untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka dinasihatkan untuk menjaga perabot serta mengetahui lokasi tempat perlindungan pemindahan terdekat.

Dalam pada itu, setiap penduduk di negara itu juga telah menyimpan kit bencana dengan air botol, makanan tahan lama, obor, radio dan barangan praktikal lain.

Sumber: AFP