Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
8 negeri 1 wilayah
Kredit: Bernama

8 Negeri, 1 Wilayah Dijangka Hujan Lebat Hingga Tengah Hari

Azizah Najib

8 Negeri, 1 Wilayah Dijangka Hujan Lebat Hingga Tengah Hari

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan 8 negeri bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 1 tengah hari nanti.

Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook, MetMalaysia menjangkakan seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka bakal terima hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang. Begitu juga Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Perak, hujan lebat diramal landa daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama dan Hulu Perak. Manakala di Selangor, cuaca buruk hanya melibatkan dua daerah iaitu Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Beralih ke Negeri Sembilan, ia hanya melibatkan daerah Port Dickson dan Rembau.

BACA: Taufan Tropika Trami Ragut 46 Nyawa, 20 Lagi Hilang Di Filipina

Melihat keadaan di Sabah, daerah Pedalaman (Kuala Penyu), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat bakal terima hujan lebat hingga tengah hari.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Orang awam dinasihatkan agar berhati-hati ketika berada di luar dan pastikan tidak menghampiri kawasan berisiko.

Kredit: MetMalaysia

Terdahulu, beberapa kejadian tanah runtuh dan angin kencang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung. Runtuhan tanah yang berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands pula menyebabkan laluan di Kilometer 43.4 ditutup sepenuhnya oleh pihak polis.

Dalam pada itu, JKR Daerah Kinta juga telah mengeluarkan notis penutupan satu lorong di Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley.

BACA: Tanah Runtuh, Jalan Di KM 43.4 Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup Sementara

Melihat situasi di Selangor, enam kenderaan dilapor rosak akibat dihempap papan tanda di Puncak Alam. Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan menurut Bernama.

Kejadian tersebut tular di media sosial sekitar jam 2.30 hingga 3 petang semalam apabila beberapa orang pengguna berkongsi situasi di sana.

BACA: Ribut Di Puncak Alam, Beberapa Kereta Rosak Dihempap Papan Tanda

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Bernama