Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
salah laku pesakit mental
Kredit: Bernama

KKM Sedia Pinda Undang-Undang Tangani Salah Laku Babit Pesakit Mental – Dzulkefly

Azizah Najib

KKM Sedia Pinda Undang-Undang Tangani Salah Laku Babit Pesakit Mental – Dzulkefly

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesihatan mental bagi menangani individu tidak siuman menggunakan “tiket” kesihatan mental untuk bebas daripada hukuman berat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebarang pindaan terhadap undang-undang memerlukan satu penelitian cermat.

Beliau berkata isu berkenaan akan dibawa untuk perbincangan lanjut dalam mesyuarat pasca Kabinet KKM, dan merujuk kepada penasihat undang-undang KKM.

“Saya kira ini satu kebejatan (kerosakan), satu insiden yang mungkin juga menjadi lebih kerap dan salah guna kad (berkaitan kesihatan mental), pastinya kita perlu meneliti,” katanya.

BACA: Cikgu Din Ditempatkan Sementara Di Kelantan, Temani Isterinya – Fadhlina

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024 yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Dzulkefly berkata kes berkenaan dipandang serius, dan KKM akan melihat dari semua sudut termasuk keperluan meminda undang-undang.

“Tapi lebih mustahak adalah memahami setiap kes sebelum membuat tindakan dan persepsi lanjut,” katanya.

BACA: Suami Isteri Maut, MPV Rempuh Jentera Pengorek Tanah Di Kuantan

Semalam laporan eksklusif Bernama bertajuk “Pesakit mental ‘kalis’ undang-undang, bebas hukuman?” mendedahkan kebimbangan masyarakat apabila berlaku sesuatu jenayah melibatkan mereka yang didakwa mengalami masalah kesihatan mental, ia berkemungkinan menjurus kepada tiada pembelaan wajar terhadap mangsa dan keluarga, atas alasan pelaku tidak berada dalam keadaan mental yang waras.

Ia susulan insiden tiga penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu yang maut akibat dirempuh kereta yang dipandu seorang pemandu wanita baru-baru ini menyentuh hati ramai pihak.

Pemandu wanita yang menyebabkan kemalangan itu didakwa tidak siuman atau mengalami masalah kesihatan mental, dan alasan sedemikian bukanlah satu perkara baharu kerana banyak kejadian seumpamanya berlaku sebelum ini, bahkan turut melibatkan kes pembunuhan.

BACA: Dua Kanak-Kanak Ditemukan Lemas Di Tanjong Karang

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tidak sepatutnya berlaku penggunaan kesihatan mental untuk melakukan kesalahan.

Beliau berkata tiada justifikasi menyatakan kesihatan mental boleh digunakan sebagai bukti atau keterangan yang digunakan untuk menyokong atau membuktikan sesuatu kes.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata Program Keselamatan dan Kualiti Makanan akan terus diperhebat dalam menangani isu kebersihan dan keselamatan makanan di premis khusus kedai mamak.

Selain itu, beliau berkata penguatkuasaan di lapangan diadakan secara kerap selain memperhebat kempen BeBAs (Bersih, Bebas Asap) yang memberi pengiktirafan kepada premis bersih dan selamat.

BACA: Lima Maut Nahas Libat Lori, Kereta

Mengenai MIH Megatrends 2024, Dzulkefly berkata Malaysia adalah negara ASEAN pertama yang memacu persidangan kesihatan dengan kerjasama swasta.

Beliau berkata MIH Megatrends akan diangkat dalam mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) pada 2025.

Dzulkefly berkata dalam persiapan Malaysia untuk mempengerusikan ASEAN pada 2025, penganjuran MIH Megatrends 2024 dapat mengukuhkan lagi reputasi sebagai platform kritikal untuk perbincangan mendalam, terutama berkaitan perkara yang boleh mempengaruhi dasar, dan amalan penjagaan kesihatan serantau seperti pembiayaan penjagaan kesihatan yang mampan dan akses yang saksama.

Sumber: Bernama