Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
hantar bantuan ke filipina
Kredit: John Dimain/AFP

Ribut Tropika Kristine: 4 Negara Asean Hantar Bantuan Ke Filipina

Azizah Najib

Ribut Tropika Kristine: 4 Negara Asean Hantar Bantuan Ke Filipina

MANILA, 26 Okt (Bernama) — Empat negara Asia Tenggara – Singapura, Brunei, Malaysia dan Indonesia – menghantar bantuan ke Filipina untuk menyokong usaha pemulihan berikutan kemusnahan yang disebabkan oleh Ribut Tropika Kristine (Trami), lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Semasa satu forum berita di Quezon City pada Sabtu, Pentadbir Pejabat Pertahanan Awam (OCD) merangkap Timbalan Setiausaha Ariel Nepomuceno berkata Singapura akan menggunakan aset udaranya untuk membantu dalam menyampaikan bantuan kepada wilayah yang terjejas.

BACA: Taufan Tropika Trami Ragut 46 Nyawa, 20 Lagi Hilang Di Filipina

“Walaupun sekali lagi kami tidak mempunyai masalah dengan barang bantuan, tetapi negara lain sedang membantu kami iaitu – ia automatik bagi Brunei, Malaysia, Singapura, dan Indonesia untuk membantu – itu rasmi. Mereka juga telah menghantar aset udara mereka,” katanya.

Nepomuceno tidak menyebut butiran lanjut mengenai bantuan itu tetapi menyatakan bahawa sebarang bantuan tambahan adalah “tanda solidariti dengan rakan kongsi kami.”

BACA: Sebahagian Siling Plaza Tol Telemung Runtuh Akibat Ribut

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Kementerian Pertahanan Singapura mengesahkan bahawa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sedang mengerahkan sebuah pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) untuk membantu dalam usaha kemanusiaan di negara itu.

“Sumbangan SAF menggariskan hubungan dua hala dan pertahanan yang mesra serta kerjasama erat Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) antara Singapura dan Filipina,” katanya.

Pesawat C-130 RSAF akan menyediakan sokongan pengangkutan udara untuk menghantar bekalan bantuan kemanusiaan kepada komuniti yang terjejas akibat ribut.

BACA: Ribut Di Puncak Alam, Beberapa Kereta Rosak Dihempap Papan Tanda

Sumber: Bernama