Siakap Keli
reviu noktah merah

Reviu: Noktah Merah Perkahwinan

Reviu: Noktah Merah Perkahwinan

Seminggu dua ni tular semula filem Ipar Adalah Maut dari Indonesia tu kan sebab baru je ditayang di Netflix.

Filem Ipar Adalah Maut ini mengisahkan adik ipar dan abang ipar yang menjalinkan hubungan sulit selepas duduk sebumbung.

Memang ramai yang mendidih darah bila tengok filem ni. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku di alam nyata dan biarlah ia habis di layar perak sahaja.

Semalam SK ada tonton satu lagi filem dengan tema cerita yang serupa iaitu Noktah Merah Perkahwinan yang juga ada dalam Netflix.

Noktah Merah Perkahwinan mengisahkan rumahtangga Gilang dan Ambar yang sedang berlaku konflik sehingga membawa kepada hadirnya orang ketiga.

Pada pendapat SK, walaupun penangan filem ini tak sehebat Ipar Adalah Maut tapi filem ini juga sangat kuat bermain dengan emosi.

Situasi tarik tali Gilang dengan Ambar tu pun boleh mendidih darah dibuatnya sehingga Yuli datang dalam kehidupan mereka.

Pembawakan watak Ambar yang dilakonkan oleh Marsha Timothy sangat berkesan sehingga SK boleh merasakan kepedihannya.

Watak Gilang yang sentiasa nak lari dari masalah tu pun memberikan satu perencah ‘pedas’ dari sudut yang lain.

Apa kesudahan rumah tangga mereka? Kena tonton sendiri di Netflix. Jangan risau, tiada babak yang tidak sepatutnya dalam filem ni.

BACA: “Ipar Adalah Maut”: Adaptasi Kisah Benar Cinta Terlarang Suami & Adik Kandung, Khianat Isteri

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.