Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
situasi banjir
Kredit: Bernama

Situasi Banjir Di Terengganu, Perak Bertambah Buruk, Kelantan Kembali Dilanda

Azizah Najib

Situasi Banjir Di Terengganu, Perak Bertambah Buruk, Kelantan Kembali Dilanda

KUALA LUMPUR, 22 November (Bernama) — Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.

Di Terengganu, jumlah mangsa meningkat mendadak kepada 221 orang yang kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 29 orang pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan daripada jumlah itu, 32 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Balairaya Padang Kemunting dan Balairaya Beris Nenas di daerah Kemaman.

BACA: Niat Memancing Terbantut, Lelaki Kongsi Detik Selamatkan Empat Mangsa Bot Karam

Di daerah Dungun pula, 59 mangsa daripada 11 keluarga berlindung di tiga PPS iaitu Dewan Sivik Paka, Balairaya Alor Mak Bah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah sementara di Setiu hanya seorang mangsa masih berada di Balairaya Kampung Bintang.

Sementara itu, di daerah Marang seramai 114 mangsa daripada 30 keluarga berpindah ke tiga PPS iaitu Dewan Sivik Mercang, Dewan Sivik Wakaf Tapai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Rawai manakala di Besut sebanyak 15 mangsa daripada tiga keluarga berteduh Balairaya Kampung Pantai.

BACA: 7 Negeri, 2 Wilayah Dijangka Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Di Perak, jumlah manga banjir meningkat sedikit malam ini kepada 68 orang daripada 23 keluarga berbanding 66 orang pagi tadi. Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Simpang Halt di daerah Larut, Matang dan Selama.

Menurut kenyataan Sekretariat JPBN Perak, kesemua mangsa terjejas merupakan penduduk dari Kampung Simpang Halt.

Di Kelantan, Bachok menjadi daerah pertama dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas dan sebuah PPS dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS tersebut menempatkan 30 mangsa daripada 10 keluarga.

BACA: Ribuan Ulat Muncul, ‘Berterbangan’ Hingga Melekat Pada Baju Penduduk

Sumber: Bernama