Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Bukan Guna Air, Ini Rupanya Cara Bersihkan Tumpahan Minyak Di Stesen
Aktiviti mengisi minyak kenderaan tidak asing lagi bagi para pemandu dan penunggang motosikal. Kecuali bagi mereka yang menggunakan kenderaan elektrik. Setiap bulan, tempat wajib disinggah pasti stesen minyak.
Namun, dalam ramai-ramai pemandu dan penunggang, pasti ada yang tidak pernah tahu apa perlu dilakukan apabila berlaku tumpahan minyak semasa tangki diisi.
Panik? Menggelabah? Anda bertindak mencurahkan air di tempat tumpahan minyak. Jika ya, artikel ini akan menunjukkan kepada anda mengapa anda sepatutnya memanggil pekerja stesen apabila berlaku kejadian ini.
Tahukah anda, air tidak dapat membersihkan tumpahan minyak tersebut. Bahaya jika minyak petrol yang tumpah tidak dibersihkan dengan cara yang betul. Bukan hanya boleh menyebabkan orang yang lalu lalang tergelincir, malah boleh menyebabkan kebakaran tanpa disangka.
Jadi, apabila berlaku tumpahan minyak petrol ketika pelanggan mengisi minyak, pekerja stesen minyak perlu segera membersihkan tumpahan berkenaan. Rupanya, begini cara yang digunakan oleh pekerja supaya tiada sisa minyak tertinggal, seperti yang dikongsi pihak Petron Tok Beng di TikTok.
Sebagai langkah keselamatan, kon digunakan untuk menutup kawasan pam berkenaan buat sementara waktu. Kemudian, pekerja akan meletakkan oil socks di sekeliling kawasan tumpahan minyak supaya minyak tidak mengalir ke tempat lain.

Kemudian, bahan penyerap organik ditabur pada tumpahan minyak dan disapu hingga rata di permukaan tersebut.

Apabila sudah rata, oil socks dialihkan supaya penyerap organik dapat disapu dan dibuang ke dalam plastik sampah. Itulah dia cara yang akan dilakukan oleh pekerja di stesen minyak apabila berlaku tumpahan minyak.
Menjengah ke ruangan komen, ramai juga yang baru tahu berkenaan langkah pengendalian situasi ini. Malah, ada juga yang membuka perbincangan dan bertanya soalan kepada pemilik akaun.
“Eh macam ni ke? Saya ingat tuang air je,” ujar seorang warga maya.
“Terima kasih tuan. Ilmu bermanfaat ni,” ucap seorang lagi.
“Pakai habuk kayu pun boleh, murah pun murah,” cadang yang lain pula.
“Siapa ada (sertai) Kursus ERT (Emergency Respond Team) mesti tahu macam mana nak kendalikan kalau bahan kimia tumpah,” tambah seorang lagi warga maya.
Menurut pengendali akaun, penyerap organik akan dibuang ke dalam plastik berwarna kuning yang khas untuk bahan buangan berbahaya.
“Memang semua stesen akan letak dalam bekas hazard, dan akan dilupuskan oleh kontraktor berlesen. Ini memang termaktub dalam undang-undang DOSH. Stesen akan diaudit secara tahunan,” jelasnya.
BACA: “Sini Banyak Lembu…”, Pemandu Terpaksa Guna LED Bagi Amaran Kereta Belakang
Sumber: Petron Tok Beng