Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
maut Jatuh Kren
Gambar: JBPM/Orang Awam

Jatuh Kren Di Putrajaya, Dua Maut, Seorang Parah

Iqbal Yasir

Jatuh Kren Di Putrajaya, Dua Maut, Seorang Parah

PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) — Dua pekerja warga Indonesia maut manakala seorang lagi parah selepas dipercayai terjatuh daripada kren, ketika melakukan kerja mengecat bangunan kuarters di Presint 8 di sini, hari ini.

Pada kejadian kira-kira 9.20 pagi itu, ketiga-tiga lelaki berkenaan yang berada dalam bucket kren tersebut untuk mengecat bangunan, terjatuh daripada ketinggian aras tujuh bangunan berkenaan, selepas kren itu terbalik.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Sukawan Wilkhan, 54, dan Danianto Yusak, 53, manakala seorang lagi rakan mangsa dikenali sebagai Yasin, 56, cedera parah.

“Siasatan awal dapati kemalangan berpunca apabila jek hidraulik jentera terbenam dalam tanah dan menyebabkan kren hilang keseimbangan lalu terbalik.

“Ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa berada di atas bucket kren untuk kerja mengecat bangunan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa kini dibawa ke Hospital Putrajaya bagi rawatan serta bedah siasat.

Sementara itu, Pengarah Bomba Wilayah Persekutuan Putrajaya Abdul Manaf Che Isa berkata seramai 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan 14, dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.30 pagi.

“Anggota membantu Kementerian Kesihatan dan polis mengangkat mangsa untuk dibawa masuk ke dalam ambulans dan kenderaan polis.

“Anggota turut melakukan kerja-kerja pembersihan tumpahan cat di lokasi kejadian dengan menggunakan satu aliran air daripada tangki jentera sehingga selesai,” katanya.

Beliau berkata seorang anggota bomba yang berada di luar penugasan turut membantu sewaktu awal kejadian, dengan memberikan bantuan kecemasan menerusi Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa terlibat.

“Siasatan kes berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya menambah operasi di tempat kejadian tamat pada 10.57 pagi.

Sumber: BERNAMA