Ini Kos & Anggaran Buka Vending Machine
Dunia perniagaan kini menjadi lubuk untuk orang ramai dalam mencari sumber rezeki bagi menampung keperluan diri dan keluarga.
Apatah lagi perniagaan kini boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara fizikal, atas talian (online) ataupun layan diri.
Bercakap mengenai perniagaan layan diri ini, ia semakin diceburi ramai kerana tidak memerlukan kudrat dan masa yang banyak seperti Vending Machine, atau lebih dikenali sebagai mesin ‘gedegang’.
Hanya dengan meletakkan mesin ini di lokasi tertentu, ada hanya perlu datang untuk mengambil hasil jualan dan melakukan pemantauan secara berkala sahaja. Mudah je kan?
Jadi, timbul pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat mengenai modal yang diperlukan untuk membuka perniagaan Vending Machine ini dan kos penyelenggaraanya.
Tanpa membuang masa, SK kongsikan kos pengiraan perniagaan Vending Machine menerusi perkongsian pengguna TikTok @Zarif Azrie, di ruangan bawah.

Kos Permulaan
Setiap perniagaan memerlukan modal yang mencukupi untuk memastikan segala proses berjalan dengan lancar.
Menurut Zafri, kos awal bisnes Vending Machine yang diperlukan adalah sekitar RM15,000 hingga RM18,000 yang termasuk sebuah mesin, naik taraf sistem pembayaran kepada cashless, stok produk dan kos pemasangan mesin di lokasi pilihan.

Kos Bulanan
Bagi kos tanggungan setiap bulan adalah RM1800 hingga RM2500.
Harga sewa tapak mesin bergantung kepada lokasi tempat letak mesin dengan anggaran RM300 ke RM800. Kos ini juga termasuk kos penyelenggaraan mesin dan isian semula stok.

Anggaran Jualan Setiap Bulan
Sekiranya mesin anda menjual snek dan air, harga minimum untuk anggaran jualan boleh bermula RM3 dengan anggaran 40 transaksi sehari, anda akan menperolehi RM120.
Sekiranya jualan harian konsisten RM120 sehari, anggaran jualan selama sebulan mampu mencapai RM3600.
Berapa lama masa diambil untuk pulang modal?
Masa yang diambil untuk Return Of Investment (ROI) atau balik modal bagi bisnes ini, hasil jualan yang mencecah RM3600 setiap bulan, ditolak pula dengan kos bulanan RM1800, anda akan mendapat keuntungan bersih RM1800.
Selepas keuntungan bersih dibahagikan dengan kos permulaan, anda akan mendapat tempoh pulang balik modal.
Menurut Zafri, ini hanyalah anggaran kos secara kasar. Kos sebenar berkemungkinan berbeza kerana mempunyai kos lain-lain.

Semoga bermanfaat
@zarifazrie Berapa kos nak mula bisnes vending machine? Jom breakdown ! #business #vendingmachine #financialtips
Sumber: TikTok @Zarif Azrie