Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
fungus radiasi nuklear chernobyl
Kredit: iGUi Ecologia

Makan Radiasi Hampir 40 tahun, Fungus Ditemui Hidup Di Lokasi Letupan Nuklear

Azizah Najib

Makan Radiasi Hampir 40 tahun, Fungus Ditemui Hidup Di Lokasi Letupan Nuklear

UKRAINE — Sejenis fungus hitam Cladosporium Sphaerospermum ditemukan hidup di Chernobyl, lokasi di mana insiden letupan reaktor nuklear berlaku hampir 40 tahun lalu, lapor Astro Awani.

Fungus berwarna hitam itu ditemukan oleh saintis dari Rutgers University, berada pada dinding reaktor 4 di lokasi itu.

Perkara itu mengejutkan para saintis selepas lokasi berkeluasaan 2,600 kilometer persegi berkenaan dikategorikan sebagai tidak selamat untuk didiami oleh manusia.

Berdasarkan penemuan tersebut, fungus tersebut didapati melakukan proses radiosintesis dengan mengubah sinar gama kepada sumber tenaga untuk kekal hidup, sama seperti proses fotosintesis.

Jadi, tidak hairan mengapa fungus ini masih boleh hidup dalam kawasan radiasi yang akan menyebabkan kematian pada manusia.

BACA: Pembersihan Sisa Buangan Industri Di Bukit Pelandok Telan Kos Lebih RM1.1 Juta

Penemuan ini dalam masa yang sama membuka peluang kepada saintis bagi meneruskan penyelidikan menerusi fungus ini bagi membersihkan kawasan yang dicemari radiasi.

Selain itu, fungus ini turut dapat digunakan oleh angkawasan sebagai bahan pendinding radiasi ketika berada di angkasa lepas.

Menerusi laporan iGUi Ecologia, fungus ini didapati menggunakan sejenis molekul yang dipanggil melanin bagi menyerap tenaga daripada radiasi akibat letupan Chernobyl itu.

Selain Cladosporium sphaerospermum, terdapat dua lagi fungus yang mampu tumbuh dengan pantas apabila wujud radiasi iaitu Cryptococcus neoformans dan Wangiella dermatitidis.

BACA: Jepun Lancar Satelit Kayu Pertama Di Dunia

Terdahulu, saintis turut menemui serigala dan cacing tanah yang kalis radiasi dan mampu hidup di Chernobyl.

Sebagai maklumat, letupan yang berlaku pada 1986 itu mengakibatkan kawasan seluas 2600 kilometer persegi di Ukraine tidak selamat didiami oleh manusia berikutan radiasi nuklear yang tinggi, yang boleh menyebabkan penyakit kanser dan kematian.

Letupan nuklear Chernobyl ini dianggap paling kritikal dalam sejarah. Ia diklasifikasikan sebagai tahap tujuh, iaitu tahap tertinggi dalam Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa.

Letupan Loji Janakuasa Nuklear Chernobyl ini tidak hanya meragut 31 nyawa ketika kejadian itu berlaku. Malah, sehingga tahun 2011, lebih daripada 15 orang lagi maut selain lebih 6000 kes kanser tiroid, dengan lebih 4000 kematian dalam jangka panjang di negara-negara Soviet.

BACA: Peralihan Kenderaan Rasmi Kerajaan Kepada EV Dilaksanakan Berperingkat – Nik Nazmi

Sumber: Astro Awani, iGUi Ecologia