Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Ribut Kuat Tumbangkan Pokok Sekitar Putrajaya
Hujan lebat dan angin kencang yang melanda Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya petang ini menyebabkan beberapa kawasan terjejas. Menerusi muat naik di laman Facebook, beberapa kenderaan dan rumah ditimpa pokok tumbang dan ranting patah.

BACA: Harga Runcit RON95, Diesel Kekal, Harga RON97 Naik

Setakat ini, kawasan yang dikenal pasti terjejas akibat pokok tumbang ialah Presint 11 dan Presint 14.
Sementara itu, Taman Botani Putrajaya menerusi Facebook memaklumkan bahawa beberapa pokok dan palm miliknya telah tumbang ditiup angin kencang dalam kejadian tersebut.
“Ada di antara tumbuhan tersebut telah berada di taman ini lebih daripada 20 tahun.
“Namun ia tidak mematahkan semangat usaha kami dalam konservasi tumbuhan hidup di taman untuk rujukan dan memastikan taman ini sentiasa hijau bagi dinikmati oleh pelawat taman,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melanda kawasan WP Putrajaya pada 2.55 petang tadi. Amaran tersebut turut melibatkan sebahagian besar kawasan di Selangor, termasuk WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor di Semenanjung Malaysia.
Sumber: Faizan Dasuki, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)