Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Tayar Punca Kemalangan
Gambar: Video Dashcam

Tular Video Tayar Dipercayai Punca Kemalangan Di KM204 PLUS Arah Utara

Iqbal Yasir

Tular Video Tayar Dipercayai Punca Kemalangan Di KM204 PLUS Arah Utara

Tular video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta memaparkan tayar di atas jalan, yang dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam tadi.

Dalam klip yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @wan_5185, tayar berkenaan berada di lorong tengah lebuh raya tersebut.

Turut kelihatan disyaki serpihan getah tayar berselerakan di sekitar lokasi kejadian.

Sebelum ini, media melaporkan seramai tujuh dilaporkan maut manakala 33 cedera dalam kemalangan tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Pisar Aziz berkata nahas itu membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, sebuah treler dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri tersebut membabitkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.

“Lima mangsa merupakan pemandu dan penumpang Toyota Estima, membabitkan dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang bayi perempuan.

“Manakala dua lagi mangsa masing-masing seorang pemandu bas persiaran dan wanita yang merupakan penumpang bas tersebut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini awal pagi ini.

Beliau berkata kesemua jenazah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Sementara itu Mohd Pisar berkata 17 mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Melaka, 10 mangsa ke Hospital Alor Gajah dan enam lagi ke Hospital Pantai Ayer Keroh.

Bas Hilang Kawalan Lepas Terlanggar Tayar Lori Tercabut

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal yang dilakukan pihaknya mendapati sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang telah melanggar tayar terbabit.

Bas itu yang juga dalam perjalanan dari arah utara ke selatan telah hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

Akibatnya, sebuah Perodua Bezza dirempuh oleh bas itu dan menyebabkan ia terbabas ke lorong kiri. Ia juga melanggar penghadang jalan sebelum bertembung dengan sebuah treler dan MPV jenis Toyota Estima dinaiki lapan sekeluarga.

BACA: Tujuh Maut, 33 Cedera Dalam Kemalangan Di KM204 Plus Arah Utara

Sumber: