Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Demonstrasi Indonesia Gelap
Kredit: detik.com

Demonstrasi Indonesia Gelap, Mahasiswa Tuntut 13 Perkara

Azizah Najib

Ratusan Mahasiswa Sertai Demonstrasi Indonesia Gelap, Tuntut 13 Perkara

Indonesia – Badan Eksekutif Mahasiswa Indonesia (BEM SI) mengemukakan 13 tuntutan terhadap kerajaan negara tersebut ketika kemuncak demonstrasi Indonesia Gelap, lapor detik.

Demonstrasi yang berlangsung sejak Isnin itu menyaksikan ratusan mahasiswa berkumpul di Patung Kuda, Jakarta dengan Koordinator Perhubungan Masyarakat UPNVJ Bergerak, Bagas Wisnu membacakan kesemua tuntutan tersebut.

“Kami menyeru Presiden Prabowo dan kakitangannya untuk segera mengambil langkah konkrit dalam menjawab pelbagai isu yang kami bangkitkan dalam tindakan ini. Jika tidak, maka tindakan serupa akan berterusan di pelbagai wilayah di seluruh Indonesia,” tegas Bagas.

Dalam tuntutan tersebut, BEM SI mengharapkan kerajaan mewujudkan pendidikan percuma, saintifik dan demokratik. Malah mereka turut menuntut pembatalan pemotongan belanjawan pendidikan. Selain itu, badan tersebut turut menuntut kerajaan membatalkan projek strategik negara yang didakwa bermasalah. Ia bertujuan memberi ruang merealisasikan rombakan sistem pemilikan dan penguasaan tanah supaya lebih seimbang dan benar-benar dilaksanakan.

Badan mahasiswa itu turut menolak semakan Undang-Undang Minerba yang didakwa menjadi alat menghalang kebebasan bersuara ahli akademik. Mereka turut menuntut pembatasan kuasa tentera dalam sektor awam.

Dalam pada itu, BEM SI menuntut agar draf Undang-Undang Orang Asal diluluskan bagi melindungi tanah dan budaya Orang Asli di sana selain menuntut arahan Presiden Indonesia yang memotong peruntukan sektor penting seperti pendidikan dibatalkan. Badan ini mendakwa arahan tersebut mengurangkan kebolehcapaian dan kualiti perkhidmatan untuk rakyat.

Kerajaan turut dituntut mengkaji semula program makanan berkhasiat percuma selain merealisasikan peruntukan elaun prestasi para pensyarah. Presiden Prabowo Subianto turut didesak mengeluarkan peraturan kerajaan bagi menggantikan Undang-Undang Perampasan Aset bagi membanteras jenayah ekonomi dan rasuah.

Menerusi tuntutan yang sama, pihak BEM SI menolak pindaan Undang-Undang Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polis Republik Indonesia (Polri) dan Kejaksaan. Pindaan ini didakwa memberi kekebalan yang lebih besar kepada institusi ketenteraan, polis dan kejaksaan. BEM SI menuntut rombakan Kabinet Merah Putih berikutan kewujudan pegawai yang tidak bertanggungjawab dan bermasalah.

Selain itu, semakan semula Peraturan Dewan Perwakilan Rakyat juga ditolak dan tuntutan terakhir, BEM SI mendesak kerajaan agar melakukan pembaharuan Kepolisian Republik Indonesia secara menyeluruh dengan menghapuskan budaya penindasan dan meningkatkan profesionalisme.

Setakat semalam, protes itu bukan sahaja dilakukan di Jakarta, tetapi juga di Palembang, Medan dan Yogyakarta, lapor CNN Indonesia.

BACA: Ini 10 Perkataan Melayu Klasik Yang Sudah Jarang Digunakan

Sumber: detik.com