Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
bkk raya pulau pinang
Kredit: Bernama

Penjawat Awam Negeri Pulau Pinang Terima BKK Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1,000

Azizah Najib

Penjawat Awam Negeri Pulau Pinang Terima BKK Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1,000

GEORGE TOWN, 5 Mac (Bernama) — Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri sempena Aidilfitri ini.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembayaran akan dibuat bermula 19 Mac ini melibatkan 7,066 penerima

Menurut kenyataan itu BKK tersebut dianggarkan membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM7.81 juta kepada kerajaan negeri.

“Ia sebagai penghargaan kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri atas sumbangan dan komitmen tidak berbelah bahagi dalam merealisasikan Visi Penang 2030, iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, BKK berjumlah RM300 juga bakal diberikan kepada penyelia, guru serta petugas Kelas Al-Quran dan Fardu Ain, sekolah rendah agama rakyat, sekolah menengah agama rakyat, sekolah agama bantuan kerajaan, tahfiz, pondok, tadika Islam dan sekolah persendirian Cina Pulau Pinang.

Menurut kenyataan itu lagi pemberian tersebut turut dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri tertakluk pada kemampuan kewangan masing-masing.

BACA: Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging FELCRA Bantu Agenda Keterjaminan Makanan – Ahmad Zahid

BACA: Baki Wang Tak Dituntut Cecah RM12.7 Bilion

Sumber: Bernama