Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
feri percuma 30 mac
Kredit: Bernama

Feri Percuma Pada 29-30 Mac Sempena Aidilfitri

Azizah Najib

Feri Percuma Pada 29-30 Mac Sempena Aidilfitri

GEORGE TOWN, 21 Mac (Bernama) — Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengumumkan perkhidmatan feri percuma kepada semua warganegara Malaysia pada 29 dan 30 Mac ini, bersempena Aidilfitri.

Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata tambang percuma itu melibatkan perjalanan kedua-dua arah dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) ke Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) dan sebaliknya.

“SPPP dan PPSB ingin menyemarakkan semangat perpaduan dan kegembiraan Aidilfitri dengan menawarkan pengalaman menaiki feri secara percuma.

“Inisiatif ini merupakan manifestasi komitmen berterusan SPPP dan PPSB dalam memudahkan perjalanan rakyat Malaysia, terutamanya pada musim perayaan. Ia bukan sahaja bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang tetapi juga menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih lestari dan efisien,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai untuk merancang perjalanan lebih awal dan merujuk jadual feri yang terkini melalui laman web serta media sosial rasmi SPPP dan PPSB.

Yeoh berkata statistik menunjukkan lebih 27,801 penumpang pejalan kaki dan 5,740 kenderaan dua roda telah menggunakan perkhidmatan feri di kedua-dua hala pada Aidilfitri tahun lepas, sekali gus membuktikan perkhidmatan feri adalah mod pengangkutan pilihan rakyat Malaysia.

Secara keseluruhan beliau berkata lebih 2.1 juta pejalan kaki direkodkan telah menggunakan perkhidmatan feri sejak Januari hingga Disember tahun lepas manakala 747,785 kenderaan dua roda bagi tempoh sama.

“Dengan adanya perkhidmatan feri percuma ini, diharap dapat mengurangkan beban kewangan rakyat dan memberikan peluang untuk merayakan Aidilfitri dengan lebih ceria dan penuh makna. SPPP dan PPSB sentiasa komited dalam mengambil pelbagai langkah untuk memastikan perkhidmatan feri ini berjalan lancar,” katanya.

BACA: Anggota JPJ Menyamar Penumpang Pantau Pemandu Bas

Sumber: Bernama