Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
layak terima sijil spm
Kredit: KPM

355,933 Calon Layak Terima Sijil SPM 2024

Azizah Najib

355,933 Calon Layak Terima Sijil SPM 2024, Wajib Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah

Seramai 355,933 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 atau 94 peratus layak dianugerahkan sijil SPM, meningkat berbanding 349,297 calon atau 93.5 peratus yang dicatatkan pada 2023

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Haji Azman Haji Adnan dalam Majllis Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2024 sebentar tadi.

Berdasarkan syarat yang diperkenalkan bermula 2013, calon-calon SPM wajib lulus dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah bagi melayakkan mereka diberikan sijil berkenaan.

Keputusan itu juga menyaksikan SPM 2024 muncul sebagai keputusan terbaik bagi peperiksaan tersebut sejak syarat berkenaan diperkenalkan.

Dalam pada itu, seramai 1,377 orang daripada keseluruhan 1,749 orang Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) juga layak menerima sijil SPM 2024.

BACA: Membanggakan, Keputusan SPM 2024 Terbaik Sejak 2013

Angka ini menunjukkan peningkatan kelayakan menerima sijil ini berbanding 1,362 calon pada tahun 2023.

Calon kategori kurang upaya fizikal menunjukkan peningkatan jumlah penerima sijil SPM tahun 2024 iaitu seramai 427 orang berbanding 410 orang pada tahun 2023.

Begitu juga calon kategori kurang upaya pelbagai dan kurang upaya pendengaran.

Bagi calon kategori kurang upaya penglihatan (buta), sedikit peningkatan dicatatkan bagi mereka yang layak menerima sijil SPM tahun 2024 berbanding tahun 2023.

Namun begitu, penurunan ketara dapat dilihat bagi calon kategori kurang upaya penglihatan (rabun). Hanya seramai 189 orang calon layak diberikan sijil SPM bagi tahun 2024 berbanding 225 orang calon pada tahun 2023.

Sementara itu, kategori masalah pembelajaran menunjukkan peningkatan terbesar calon yang layak dianugerahkan sijil SPM antara semua kategori. Seramai 512 orang calon layak menerima sijil berkenaan bagi tahun 2024 berbanding 494 orang calon pada tahun 2023.

Namun begitu, kategori kurang upaya pertuturan menunjukkan penurunan calon yang layak menerima sijil SPM tahun 2024 iaitu seramai 20 orang calon. Jumlah ini menunjukkan penurunan penerima sijil SPM tahun 2023 iaitu seramai 23 orang calon.

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

BACA: Cara Semak Keputusan SPM 2024

BACA: Keputusan SPM 2024: 14,179 Calon SPM Peroleh Semua A

BACA: Keputusan SPM 2024: 1,789 Calon Peroleh Keputusan Semua G