Terkini

Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Suami Berhutang Mas Kahwin
Gambar: ImageFX

Boleh Ke Suami Berhutang Mas Kahwin? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Azzwin

Boleh Ke Suami Berhutang Mas Kahwin? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Dalam sebuah perkahwinan, hubungan suami isteri bukan sahaja berasakan kasih sayang, tetapi turut disertai dengan tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh kedua-dua pihak. Namun, ada kalanya sesetengah tanggungjawab tersebut tertangguh atas beberapa faktor seperti kekangan kewangan atau kealpaan.

Kadang kala dalam hidup berumah tangga, ada perkara yang dipandang ringan walaupun sebenarnya mempunyai nilai dan hukum di sisi agama. Salah satunya ialah pemberian yang menjadi hak isteri selepas akad nikah dilafazkan.

Hal ini menimbulkan persoalan tentang hukum bagi suami yang masih belum menunaikan hak tersebut. Adakah ia dianggap sebagai hutang yang wajib dibayar?

Bagi menjelaskan kekeliruan ini, Mufti Wilayah Persekutuan tampil memberikan penerangan berhubung hukum suami yang berhutang mas kahwin menurut pandangan syarak.

Soalan

Assalamualaikum wbt,

Apakah hukum suami membayar mahar secara hutang?

Jawapan

Waalaikumussalam wbt,

Mahar atau mas kahwin ialah “harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab akad nikah.”

Mahar juga disebut sebagai al-sadaq dan hukumnya adalah wajib sebaik sahaja sempurna akad nikah sama ada mas kahwin itu disebut dengan kadar tertentu ataupun tidak semasa akad tersebut. Jika terdapat permuafakatan menafikannya atau tidak menyebutnya, persetujuan tersebut batal dan mas kahwin tetap wajib diserahkan.”

Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (4/75)

Berkenaan hukum membayar mahar secara hutang, maka hukumnya adalah diharuskan. Menurut al-Fiqh al-Manhaji (4/77):

Mas kahwin tidak mempunyai kadar minimum dan maksimumnya. Setiap sesuatu yang dinamakan harta atau boleh ditukar dengan harta, boleh dijadikan mas kahwin sama ada sedikit atau banyak, tunai atau hutang, atau sesuatu yang bermanfaat, seperti kain, sejadah, wang, tempat kediaman atau mengajar sesuatu kemahiran. Firman Allah SWT:

وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَلِكُمْ أَنْ تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُمْ

Maksudnya: “Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu.”

(Surah al-Nisa’: 24)

Ayat ini hanya menyebut harta (المال) semata-mata tanpa menetapkan kadar yang tertentu.

Begitu juga, hadith Rasulullah SAW bersabda:

أَعْطِهَا وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ

Maksudnya: “Engkau berikanlah perempuan itu walaupun sebentuk cincin besi.”

Riwayat al-Bukhari (4741) dan Muslim (1425)

Dan hadith yang lain, daripada Amir bin Rabi’ah RA, katanya:

أَنَّ امْرَأَةً مِنْ بَنِي فَزَارَةَ تَزَوَّجَتْ عَلَى نَعْلَيْنِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَضِيتِ مِنْ نَفْسِكِ وَمَالِكِ بِنَعْلَيْنِ. قَالَتْ نَعَمْ قَالَ فَأَجَازَهُ

Maksudnya: “Seorang perempuan daripada Bani Fazarah berkahwin dengan mas kahwinnya, seperti kasut. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu redha dengan mendapat sepasang kasut sebagai mas kahwin?” Perempuan itu menjawab: “Ya!” Lalu Baginda membenarkannya.”

Riwayat al-Tirmidzi (1113)

Ini menunjukkan mahar yang diserahkan secara hutang adalah dibenarkan, berdasarkan persetujuan isteri. Namun begitu, hendaklah ditentukan waktunya kerana itu adalah hak isteri. Menurut al-Fiqh al-Manhaji:

“Pemberian mas kahwin tidak disyaratkan dengan segera. Ia boleh disegerakan atau ditangguhkan kesemuanya sebelum persetubuhan.

Walau bagaimanapun, penangguhan itu hendaklah ditentukan masanya. Ini kerana mas kahwin itu milik isteri. Dia berhak meminta disegerakan atau ditangguhkan mengikut kehendaknya.

Apabila mas kahwin tersebut diminta agar diserahkan segera, maka isteri berhak menahan dirinya daripada melakukan persetubuhan dengan suami sehinggalah mas kahwin diterimanya.

Jika mas kahwin itu dipersetujui untuk ditangguhkan, isteri tidak berhak menahan diri daripada suami kerana dia sendiri telah bersetuju dengan penangguhan tersebut.”

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat kita simpulkan beberapa perkara:

Mahar adalah pemberian yang wajib diberikan kepada isteri apabila akad nikah sudah termeterai. Ia boleh diberikan secara tunai atau hutang.

Akad nikah yang tidak dinyatakan mahar adalah sah, walaupun mahar tetap wajib diserahkan kemudiannya.

Mahar adalah hak isteri. Justeru, isteri ada hak untuk menghalang diri daripada disetubuhi suami sekiranya suaminya belum memberikannya mahar yang dia minta untuk segerakan.

Sekiranya isteri telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran mahar, maka dia tidak lagi layak menghalang diri daripada dipersetubuhi oleh suaminya. Namun, penangguhan itu perlu ditetapkan masanya.

Wallahua’lam.

BACA: Hadiah Sudah Diberi, Kemudian Tidak Dihalalkan? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

BACA: Mufti WP Perjelas Hukum Guna Deepfake AI Jadi Bahan Pornografi

BACA: Hukum Tukar Wajah Jadi Gambar Patung Guna AI – Mufti WP

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan