Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat

BMI Unjur Ringgit RM4 Hujung 2024, RM3.55 Menjelang Akhir Tahun Depan

Athirah

BMI Unjur Ringgit RM4 Hujung 2024, RM3.55 Menjelang Akhir Tahun Depan

KUALA LUMPUR, Sept 27 (Bernama) — BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran ringgit bagi akhir 2024 kepada RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada RM4.55 sebelum ini.

Perkembangan itu turut memaparkan prestasi cemerlang ringgit dalam suku ketiga 2024.

BMI berkata, dalam tempoh jangka pertengahan, ia kekal positif terhadap ringgit susulan perbezaan hasil yang mengecil dengan AS selain prospek pertumbuhan yang agak berdaya tahan, sekali gus menyuntik petanda baik untuk unit tempatan berkenaan.

“Risiko terhadap unjuran kami adalah kelemahan ringgit dengan sebahagian besarnya bergantung kepada trajektori kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS dan pertumbuhan China,” katanya dalam nota komentarnya hari ini.

Menyentuh prospek jangka pendek selama enam bulan, BMI berkata ringgit terbukti dapat menyanggah trend penyusutan ketaranya sejak awal 2024 untuk naik 12.1 peratus pada suku ketiga 2024, sekali gus menjadikannya mata wang pasaran sedang pesat membangun dengan prestasi terbaik rantau ini.

Sejajar dengan prestasi yang lebih kukuh daripada jangkaan dalam suku ketiga 2024, BMI bertindak menyemak naik unjurannya pada purata RM4.35 berbanding dolar AS daripada RM4.55, sebelum ini.

Ringgit juga secara teknikalnya mencecah paras rintangan aliran pelbagai tahun pada paras RM4.20 bagi setiap dolar AS pada 23 September 2024.

“Kami melihat skop ringgit untuk mencecah paras rintangan seterusnya pada RM4.00/dolar AS menjelang akhir 2024, walaupun indeks kekukuhan relatif yang dilihat terlebih jualan masih berlaku dan boleh menjurus kepada penyusutan nilai dalam tempoh singkat.

“Unjuran kami juga lebih realistik daripada Bloomberg yang mengunjurkan RM4.30,” kata BMI.

Dalam pada itu, ia juga menjangkakan perbezaan kadar faedah antara AS dan Malaysia akan mengecil dengan lebih cenderung memihak ringgit.

BMI sebelum ini menjangkakan Fed untuk memulakan kitaran lebih mereda pada pengurangan sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat September.

Bagaimanapun, Fed memutuskan pengurangan sebanyak 50 mata asas yang menurunkan kadar faedah itu kepada 5.00 peratus.

“Kami berpendapat Fed akan meneruskan kitaran penurunan itu dalam bulan-bulan mendatang, termasuk mengurangkan 75 mata asas pada suku keempat 2024 berbanding 50 mata asas sebelum ini.

“Ini menunjukkan bahawa perbezaan hasil lebih kecil itu akan menyokong ringgit, terutamanya jika unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan OPR pada 3.00 peratus pada akhir 2024 terbukti benar,” katanya.

Melangkaui tempoh enam bulan, BMI mengunjurkan ringgit untuk mengukuh sehingga 9.0 peratus pada 2025, mencecah RM3.55 berbanding dolar AS menjelang akhir 2025.

Susulan itu, ia menyemak naik unjuran bagi ringgit untuk tempoh itu pada purata RM3.80 berbanding dolar AS daripada RM4.48, sebelum ini.

Pemacu utama perkembangan itu adalah tindakan pelonggaran dasar sehingga 125 mata peratusan pada 2025 yang menyaksikan kadar faedah Fed turun kepada 3.00 peratus menjelang akhir tahun itu.

“Sebaliknya, BNM dijangka mengekalkan OPR pada 3.00 peratus sepanjang akhir 2025,” katanya.

Sumber: BERNAMA