Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Deklarasi KL
Gambar: Anwar Ibrahim/FB

Deklarasi KL Detik Penting Dalam Perjalanan Integrasi Rantau Ini – PM Anwar

Hannah

Deklarasi KL Detik Penting Dalam Perjalanan Integrasi Rantau Ini – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan penandatanganan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama sebagai detik yang paling penting dalam perjalanan integrasi rantau ini.

Dalam menegaskan bahawa masa depan ASEAN mesti bergantung kepada “asas kemampanan dan keterangkuman,” Perdana Menteri berkata integrasi serantau mesti benar-benar berpaksikan rakyat.

“Ini bermakna menutup jurang perbezaan pembangunan, meningkatkan taraf hidup dan melabur dalam semangat kemanusiaan dan potensi semua rakyat kita,” katanya dalam ucapan perasmian sebelum majlis menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Deklarasi itu, yang diperakui semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini, mewakili satu peristiwa penting dalam komitmen blok tersebut membina komuniti serantau yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berpaksikan rakyat.

Visi baharu itu akan menggantikan ASEAN 2025: Forging Ahead Together yang diterima pakai pada 2015.

Dokumen itu ditandatangani oleh Anwar selaku Pengerusi ASEAN, Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos Jr., yang juga pengerusi ASEAN akan datang, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, Presiden Indonesia Prabowo Subianto, Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone, Perdana Menteri Singapura Lawrance Wong, Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh, dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Myanmar Aung Kyaw Moe.

Turut berada di pentas menyaksikan majlis itu ialah Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, Timor-Leste diberikan status pemerhati dalam ASEAN pada 2022.

Antara yang turut menyaksikan majlis penandatanganan ialah dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Mewnteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Anwar berkata pelan tindakan bersama yang digariskan dalam Deklarasi Kuala Lumpur adalah visi yang berpaksikan realisme, digerakkan oleh keazaman dan dilaksanakan menerusi kepercayaan.

“Apabila kita buka halaman ini, kita perbaharui janji kepada rakyat, kepada rantau kita dan kepada generasi yang akan datang. Mari kita bergerak ke hadapan dengan visi yang jelas, mantap dalam tujuan kita dan perpaduan dalam hasrat untuk membina ASEAN yang kita wariskan kepada generasi akan datang,” katanya.

Memetik deklarasi penubuhan ASEAN pada 1967, Anwar berkata pemimpin awal blok itu berjanji untuk bersatu dalam persahabatan dan kerjasama, dan melalui usaha serta pengorbanan bersama, menjamin keselamatan buat rakyat mereka dan untuk generasi berikutnya, dirahmati dengan keamanan, kebebasan dan kemakmuran.

“Hari ini kita perbaharui janji suci kita bukan sebagai penghormatan kepada masa lalu, tetapi sebagai janji untuk kehidupan untuk masa depan,” katanya.

Anwar berkata seperti yang sering diperkarakan ramai, cara terbaik untuk meramal masa depan ialah menciptanya sendiri, dan itulah yang sedang diusahakan ASEAN, melalui usaha yang konsisten selama bertahun-tahun, perkongsian bersama dan visi strategik.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dalam membentuk Visi ASEAN 2045, dengan berkata bahawa ia dicapai melalui kegigihan, pragmatisme dan kuasa kepercayaan serantau.

Anwar mengimbau sedekad lalu, ASEAN telah melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2025 di Kuala Lumpur, menegaskan peranan blok itu sebagai tonggak kestabilan dan pusat tarikan ekonomi yang semakin meningkat.

“Namun hari ini, aturan antarabangsa tidak menentu. Ketegangan geopolitik, penjejasan ekonomi, iklim dan gangguan teknologi sedang menguji ikatan antara negara,” katanya.

Anwar berkata tahun-tahun mendatang akan dicorakkan oleh revolusi dalam teknologi dan sains, khususnya dalam kecerdasan buatan, inovasi digital, dan ekonomi hijau dan biru.

“Keupayaan kita untuk memimpin dalam kecerdasan buatan, inovasi digital, ekonomi hijau dan biru akan menentukan bukan sahaja kemakmuran kita, tetapi juga perpaduan kita,” katanya.

Bagaimanapun beliau memberi amaran mengenai risiko yang ditimbulkan oleh teknologi baru muncul.

“Jika tidak diurus, ia mungkin meluaskan lagi ketidaksamaan, menjejaskan kehidupan dan mengatasi peraturan kita. Kita bukan sahaja perlu menerima inovasi, malah kita mesti belajar untuk mentadbirnya, bersama-sama dan dengan berhati-hati,” katanya.

BACA: Deklarasi Kuala Lumpur Gariskan Hala Tuju Strategik Jangka Panjang ASEAN

Sumber: BERNAMA