Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Tiada Kategori

Malaysia Kecualikan Visa Kepada Pelancong Cina & India, Ini 5 Fakta Anda Perlu Tahu

Amira

PUTRAJAYA, 30 Nov 2023 – Malaysia merupakan destinasi utama pelaburan dan pelancongan di rantau Asia. Bagi memastikan negara kekal sebagai peneraju dalam industri berkenaan YAB Perdana Menteri pada 26 November 2023 telah mengumumkan salah satu inisiatif di bawah Pelan Liberalisasi Visa iaitu pemberian pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Disember 2023.

Susulan pengumuman tersebut, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan lima (5) inisiatif di bawah Pelan Liberalisasi Visa bertujuan untuk menjana hasil pendapatan negara.

“Dalam mendepani cabaran ekonomi semasa, Bank Negara Malaysia melaporkan aktiviti pelancongan merupakan salah satu daripada tiga faktor utama yang memacu pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2023 dan dijangka terus meningkat dan menyumbang secara konsisten kepada pendapatan negara,” ujar Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan pada 27 November lalu.

“Justeru, pelan liberalisasi visa ini akan diperkenalkan dengan penambahbaikan kemudahan imigresen sedia ada yang telah dinikmati oleh pengembara ke Malaysia seperti negara-negara dari Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah dan Asia Barat,” tambahnya lagi.

Kredit: Bernama

Inisiatif-inisiatif Penambahbaikan Kemudahan Imigresen

Beliau juga mengumumkan beberapa inisiatif bagi penambahbaikan kemudahan imigresen di bawah pelan liberalisasi yang akan dilaksanakan mulai 1 Disember 2023. Hal ini bagi melakukan anjakan dasar dan memperkenalkan pendekatan baharu mengikut tuntutan semasa. Antara inisitif-inisiatif pelaksanaan yang terlibat adalah seperti berikut:

  • pemberian pengecualian visa bagi tempoh 30 hari kepada warganegara China dan India mulai 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024;

  • pemberian kemudahan Multiple Entry Visa (MEV) bagi tempoh sehingga 30 hari kepada semua pelancong yang ingin masuk ke Malaysia;

  • pemberian Pas Lawatan Sosial (Jangka Panjang) dengan keberadaan sehingga 12 bulan untuk pelajar antarabangsa yang telah tamat pengajian di Malaysia bagi tujuan menyambung pengajian, melancong dan bekerja secara sambilan dalam sektor pekerjaan yang dibenarkan mengikut undang-undang di dalam negara. Dibuka kepada 23 warganegara yang berisiko rendah dan berpendapatan tinggi iaitu Australia, New Zealand, Brunei, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Jerman, United Kingdom, Perancis, Kanada, Switzerland, Belanda, Arab Saudi, Kuwait, UAE, Qatar, Oman, Bahrain, Sweden, Norway, Denmark, Finland dan Amerika Syarikat;

  • pemberian visa transit umrah bagi tempoh 7 hari melalui agensi pengendali umrah yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC); dan

  • penambahbaikan tempoh sah laku visa dipanjangkan daripada tiga (3) bulan kepada enam (6) bulan dan tempoh kelayakan Pas Lawatan Sosial diselaraskan kepada minimum 30 hari bagi semua negara yang memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia.

Kawalan dan penguatkuasaan keselamatan

Pelaksanaan pelan liberalisasi visa ini akan diperkukuhkan dengan langkah kawalan dan penguatkuasaan secara bersepadu dengan agensiagensi penguatkuasa.

Melalui aspek kawalan dan penguatkuasaan yang dipergiatkan, negara boleh menghindar dari berlakunya isu-isu seperti kebanjiran warga asing dan pendatang tanpa izin (PATI).

Oleh yang demikian, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia terjamin dengan mengekalkan pelaksanaan tapisan awal keselamatan kepada semua pengembara ke Malaysia terutama yang mempunyai rekod jenayah atau risiko keganasan.

Aspek kawalan dan penguatkuasaan yang turut dilaksanakan adalah seperti berikut:

  • Jabatan Imigresen Malaysia akan mewujudkan pasukan khas bagi memantau pergerakan keluar pelancong China dan India. Pemantauan akan dilaksanakan pada tarikh akhir iaitu hari ke-30 mengikut tempoh keberadaan di dalam negara. Seterusnya pemantauan tersebut akan dilaporkan secara berkala sebagai mekanisme kawalan dan penguatkuasaan;

  • meningkatkan aktiviti naziran di kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan tumpuan warganegara asing seperti di kawasan Masjid India, Plaza Lowyat, Bukit Bintang dan sebagainya bagi membanteras pendatang asing tanpa izin;

  • menggiatkan aktiviti risikan dan penguatkuasaan kepada bukan sahaja pekerja asing tetapi juga kepada majikan yang menggajikan atau melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI);

  • prosedur ketat pemberian Notis Penolakan Masuk atau Notto-Land (NTL) dikekalkan dan tidak dikompromi.

  • memberikan tanggungjawab kepada syarikat penerbangan untuk menyemak dan memastikan pelancong yang masuk ke Malaysia mempunyai tiket penerbangan pulang dan tempahan hotel sepanjang keberadaan di Malaysia yang disahkan (confirmed return ticket dan confirmed hotel booking);

  • meneroka cadangan untuk mewajibkan pengisian data di Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) yang berintegrasi dengan sistem imigresen MyIMMs bagi memastikan data kemasukan pelancong asing direkodkan; dan

  • mengkaji semula Akta Imigresen 1959/63 dan PeraturanPeraturan Imigresen 1963 berkaitan kadar kompaun, denda dan/atau hukuman untuk tindakan jangka panjang.

Pelan Liberalisasi Akan Dikaji Semula Selepas Satu Tahun

Pelaksanaan pelan liberalisasi visa ini akan dikaji semula selepas tempoh satu (1) tahun untuk menilai pulangan pelaburan (ROI) kepada negara, keberkesanan insitiatif dan penilaian risiko keselamatan terhadap kemudahan imigresen yg diberikan. Sekiranya berlaku insiden atau kejadian di luar jangkaan, maka pelan liberalisasi visa ini akan disemak semula untuk ditambahbaik sebagai persediaan menjelang tahun 2025 dan 2026.

Ini akan dapat membantu pihak Kerajaan dalam memperkemas dasar dan prosedur berkaitan keimigresenan dan menjamin ketersediaan pasukan imigresen di pintu masuk negara untuk menerima kehadiran pelancong asing dalam tempoh dua (2) tahun akan datang.