Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Kredit: Bernama

Pekerja Ditimpa Bencana Kerja Tidak Perlu Bayar Kepada Klinik Panel PERKESO

Azizah Najib

Pekerja Ditimpa Bencana Kerja Tidak Perlu Bayar Kepada Klinik Panel PERKESO

BUKIT MERTAJAM (Bernama) — Semua pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Sim bagaimanapun berkata kemudahan itu hanya melibatkan kes kemalangan bencana pekerjaan serta penyakit khidmat, dan terdapat 1,400 klinik panel di seluruh negara, dengan 129 daripadanya di Pulau Pinang.

“Anda (pencarum) boleh jumpa terus ke mana-mana 1,400 klinik panel PERKESO di Malaysia dan mendapatkan rawatan perubatan, tak perlu bayar apa-apa.

“Jika sebelum ini anda perlu bayar dahulu lebih kurang RM150 hingga RM200 setiap kali rawatan, kemudian claim balik dengan PERKESO. Lepas sebulan, kita akan bayar balik.

“Tapi selepas ini, pada tahun ini, mereka boleh masuk ke klinik kami, tunjuk kad pengenalan kalau mereka semak, anda adalah ahli PERKESO, anda tidak perlu membayar satu sen pun,” katanya yang mengumumkan perkara itu ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Ketua Setiausaha KESUMA Datuk Azman Mohd Yusof dan Pengerusi Lembaga PERKESO Datuk Seri Subahan Kamal.

Sim berkata langkah itu dibuat bagi memudahkan pekerja terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan di klinik panel.

“Ini juga sebenarnya memudahkan majikan-majikan sebab ada majikan yang baik hati, kata pekerja saya cedera, pekerja saya sakit nak hantar ke klinik tapi dia kena bayar dahulu sebab nanti baru boleh tuntut PERKESO tetapi sekarang anda tidak perlu membayar. Pergi dapatkan rawatan, PERKESO akan membayar klinik mulai tahun ini,” tambahnya.

Sim berkata tahun lepas PERKESO merekodkan tuntutan berjumlah RM8 juta melibatkan 20,000 kunjungan ke klinik panel.

Selasa lepas, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memberitahu 66,574 kes bencana pekerjaan direkodkan PERKESO di seluruh negara sepanjang 2024, mencatatkan penurunan 2.4 peratus berbanding 68,220 kes pada 2023.

Sementara itu, pada majlis berkenaan Sim turut menyerahkan tuntutan pelbagai faedah PERKESO kepada 10 penerima yang bernilai keseluruhan RM145,972.86.

Faedah yang disampaikan itu meliputi Skim Perlindungan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), Hilang Upaya Kekal (HUK), Hilang Upaya Sementara (HUS) dan Pencen Penakat.

BACA: Usaha Pencegahan PERKESO Diperluas, Kurangkan Kemalangan

Sumber: Bernama