Utama

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Pekerja Swasta Boleh Mohon Kerja Fleksibel Termasuk "WFH"
Pekerja sektor swasta boleh memohon kepada majikan untuk mengamalkan kerja secara fleksibel, termasuk bekerja dari rumah atau work from home, selaras dengan inisiatif Aturan Kerja Fleksibel (AKF).
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan sewaktu Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Kelima pada Selasa.
"Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif AKF dengan meminda Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa 1 Januari 2023 dan pindaan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) dan Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) yang berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025," katanya.
Menurut beliau, AKF ini menumpukan khusus kepada kebajikan pekerja, keseimbangan kehidupan bekerja dan berkeluarga.
AKF ini boleh dimohon oleh pekerja terhadap majikan, meliputi perubahan waktu kerja, hari bekerja dan perubahan tempat bekerja.
Ia juga tertakluk kepada syarat seperti hari rehat, tempoh masa kerja, hari kelepasan, dan lain-lain syarat perkhidmatan.
Walau bagaimanapun, Ramanan mengatakan bahawa amalan kerja fleksibel ini tertakluk kepada kesesuaian sektor, jenis pekerjaan dan persetujuan antara majikan dan pekerja.
Jelasnya, garis panduan AKF, juga telah disediakan untuk pemahaman pihak majikan, pekerja dan kesatuan sekerja mengenai perkara-perkara penting berkaitan inisiatif AKF.
"Pada tahun 2025, sebanyak 2,460 organisasi terbabit dan memberi manfaat kepada sekitar 474,400 pekerja." tambah beliau lagi.
Insentif cukai berupa potongan tambahan 50 peratus juga diberikan kepada majikan yang melabur dalam pembangunan kapasiti dan perisian berkaitan AKF.