Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
sasaran rumah mampu milik
Kredit: Bernama

Sasaran Bina 500,000 Unit Rumah Mampu Milik Capai 89 Peratus Setakat September 2024 – KPKT

Azizah Najib

Sasaran Bina 500,000 Unit Rumah Mampu Milik Capai 89 Peratus Setakat September 2024 – KPKT

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) — Sasaran pembinaan 500,000 rumah mampu milik (RMM) hampir tercapai dengan 89 peratus. Ini melibatkan 443,259 unit yang telah siap, sedang dibina, dan dirancang di seluruh negara sehingga September lepas.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat memaklumkan baki 56,741 unit RMM dijangka diselesaikan menjelang akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) ini.

Menurut kementerian itu, berdasarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), terdapat peningkatan yang signifikan dalam aktiviti pengurusan hartanah pada setengah tahun pertama 2024, berbanding 2023.

BACA: Pesawat Kargo Ditembak Jatuh Di Darfur, Tiada Yang Terselamat

“Terdapat peningkatan lapan peratus dalam jumlah transaksi melibatkan 198,906 unit hartanah, dengan nilai keseluruhan melonjak 23.8 peratus kepada RM105.65 bilion,” menurut jawapan bertulis itu.

Penjelasan ini adalah sebagai responds kepada soalan Datuk Iskandar Dzulkranain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) mengenai cadangan menghidupkan kembali Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dan langkah tambahan KPKT untuk menyokong pembeli rumah pertama serta memulihkan industri hartanah di Malaysia.

Melihat kepada kejayaan inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-Miliki) yang berakhir pada Disember lalu, KPKT telah memohon pertimbangan kerajaan untuk melanjutkan inisiatif tersebut agar lebih ramai pembeli. Ini terutamanya dari golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40), dapat menerima manfaat.

BACA: Penyaluran Segera RM150 Juta Langkah Responsif Kerajaan Tangani Banjir Kilat

“Menurut laporan dariada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sehingga 31 Dis 2023, sebanyak 8,723 tuntutan pengecualian duti setem telah direkodkan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM38,373,796.52.

Kementerian memaklumkan bahawa kerajaan masih meneruskan pelaksanaan Kempen Pemilikan Rumah 2.0 (HOC 2.0), yang berlangsung dari 1 Jan 2021 hingga 31 Dis 2025. Kempen ini menawarkan pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pembiayaan bagi kediaman baharu atau pasaran sekunder bernilai RM500,000 ke bawah.

KPKT menjelaskan bahawa Belanjawan 2025 turut menyediakan insentif untuk menggalakkan pemilikan rumah pertama. Ia melalui pelepasan cukai individu atas bayaran faedah pinjaman perumahan. Pelepasan cukai sehingga RM7,000 diberikan bagi rumah berharga sehingga RM500,000, manakala pelepasan cukai sehingga RM5,000 bagi kediaman berharga melebihi RM500,000 hingga RM750,000.

BACA: RUU Tahanan Di Rumah Bakal Dibentangkan Di Parlimen Tahun Depan – Saifuddin

“Pelepasan ini boleh dituntut bagi tiga tahun taksiran berturut-turut ke atas perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh 1 Jan 2025 hingga 31 Dis 2027,” katanya.

Selain itu, kerajaan menyediakan jaminan pembiayaan perumahan sehingga RM10 bilion bagi manfaat 20,000 pembeli rumah. Sebagai tambahan, hampir RM900 juta diperuntukkan bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat (RMR). Ia termasuk dua projek PRR baharu di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang turut diperuntukkan melalui Belanjawan 2025.

Sumber: Bernama