Terkini

Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi

Laluan Sepanjang Jalan TAR Ditutup Serta-Merta Mulai 15 Mac, Bazar Ramadan Akan Dibenarkan Beroperasi Kembali

Nur Farra

Laluan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di Kuala Lumpur dari Kompleks Membeli-belah Sogo akan ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas bermula 15 Mac depan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad.

Penutupan jalan sepanjang kira-kira satu kilometer itu dari Jalan Esfahan sehingga Jalan Melayu dibuat bagi memberi lebih keselesaan kepada orang ramai untuk berurusan di kawasan perniagaan tersebut, katanya.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan kajian dalam talian berhubung penutupan jalan tersebut di mana sebahagian besar responden bersetuju dengan cadangan itu.

“Kita berhasrat menjadikan laluan bermula dari hadapan Sogo sehingga ke Wisma Bandar sebagai laluan bebas kenderaan atau pedestrian mall di mana pengunjung boleh berjalan kaki untuk membeli-belah,” katanya pada sidang media selepas majlis Bicara Makan Tengahari sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Hadir sama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Jika keadaan berjalan lancar, beliau berkata pihaknya sedia untuk menempatkan peniaga bazar perayaan yang memohon lesen berniaga di Jalan TAR dari DBKL untuk beroperasi di sepanjang laluan yang dikosongkan itu pada bulan Ramadan akan datang.

Beliau berkata laluan yang boleh menempatkan sehingga 200 lot tapak perniagaan itu juga akan dibenarkan untuk beroperasi pada musim perayaan lain.

“Kita sedang memperincikan susun atur peniaga, namun yang pasti keputusan ini akan memberikan kelegaan kepada semua pihak kerana dapat menjalankan perniagaan di kawasan yang lebih luas dan selesa.

“Penempatan hanya melibatkan mereka yang memohon lesen untuk berniaga semasa bulan Ramadan manakala peniaga sedia ada akan dikekalkan di tapak asal,” katanya.

Khalid berkata keputusan itu juga diambil bagi menjaga kepentingan kedai-kedai Melayu di kawasan tapak lama bazar Ramadan yang mana perniagaan mereka terhalang sepanjang bazar perayaan itu berlangsung.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata beberapa individu dari Bahagian Perolehan DBKL telah dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kebocoran senarai syarikat yang berjaya memperoleh kontrak pembersihan sungai seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan secara dalaman juga telah diambil di mana Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan mengarahkan seramai 20 orang kakitangan di bahagian itu dipindahkan ke bahagian lain secara berperingkat dalam tempoh sebulan.

Khalid melahirkan kehairanan bagaimana maklumat daripada mesyuarat Lembaga Perolehan pada 25 Januari lepas itu boleh tular sehari kemudian sedangkan makluman kepada syarikat dan kontraktor yang berjaya dalam tender secara individu hanya dibuat DBKL melalui panggilan telefon.

“Ini yang dikatakan ada tangan ghaib yang cuba mengawal DBKL memandangkan tiada sebarang makluman atau paparan di mana-mana tempat awam telah dibuat mengenai keputusan itu,” katanya. — BERNAMA