Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Foto: Natipah Abu

Rezeki PKP, Suami Isteri Tak Sangka Jual Nasi Lemak Tepi Jalan Dari 18kg Beras ‘Licin’ Dalam Masa 3 Jam

Edayu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Jika usaha, tidak mustahil untuk kita berjaya. Inilah ungkapan yang sesuai diberikan kepada pasangan suami isteri yang bertungkus lumus berniaga sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan.

Seperti perkongsian daripada Natipah Abu ini, pasangan ini terpaksa berniaga di kawasan rumah disebabkan oleh punca pendapatan mereka terjejas akibat PKP. Namun dengan berkat kesabaran dan ketabahan, mereka berniaga nasi lemak pada awal pagi dan mendapat hasil yang tidak diduga.

Rezeki Allah sangat luas. Tidak salah untuk kita sama-sama berkongsi rezeki dengan pasangan ini. Menerusi laman Facebook Natipah Abu, pasangan ini berniaga seawal 6.30 pagi di Tapak Nyoq Bakar, Tikam Batu Sungai Petani.

“Rezeki Allah sangat luas…”

Sahabat kita ini antara salah seorang pengusaha katering. Isteri pula bekerja di kantin sekolah.

PKP tiada lagi sebarang majlis perkahwinan atau sebarang majlis keraian. Kantin sekolah pula ditutup. Keduanya hilang punca pendapatan tetap yang agak lumayan selama ini. Simpanan pula semakin hari semakin menyusut.

Maka kedua pasangan suami isteri ini sepakat utk memulakan perniagaan menjual nasi lemak di tepi jalan. Sebaik selesai saja solat subuh, pasangan suami isteri ini terus keluar rumah. Hari pertama, mereka berjaya menjual nasi lemak dari 4 kg beras dalam masa tak sampai pun setengah jam.

Hari seterusnya .. mereka mula menaikkan jumlah sukatan beras. Mereka menggunakan Facebook dan ‘group wassap’ untuk mengiklankan perniagaan nasi lemak mereka. Harga yang dikenakan mereka juga sangat berpatutan selain menu lauk yang sedap dan berbeza setiap hari. Kelebihan ini menjadikan nasi lemak mereka terkenal dalam masa singkat.

Kini, mereka mampu menjual nasi lemak yang dimasak dgn 18 kg beras sehari dalam masa tiga jam. Sampai di tapak niaga sekitar jam 6. 30 pagi … pada jam 9. 30 pagi, nasi lemak mereka sudah habis dijual dan dengan pendapatan kasar RM600.

Bermakna … sebelum matahari naik terpacak, mereka sudah pun menutup gerai. Itulah ganjaran di atas pengorbanan mereka yang bangun awal pagi untuk memasak sedangkan ketika itu, orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Mencari rezeki yang halal dan berkat demi anak-anak.

Selain menyediakan air teh percuma kepada pelanggan, keluar awal pagi sesudah subuh tatkala pintu rezeki sedang terbuka luas itu, antara rahsia kejayaan perniagaan nasi lemak mereka. Begitulah rezeki ada di mana-mana. Terpulang kepada kita bagaimana untuk berusaha. InsyaAllah.

NASI LEMAK ABG JATD TAPAK NYOQ BAKAR, TIKAM BATU, SG PETANI.

Sumber: Natipah Abu