Pemandu lori yang terlibat dengan kemalangan maut melibatkan 10 individu di Lebuhraya Elite malam tadi telah ditahan untuk membantu siasatan.
Perkara tersebut dimaklumkan pihak polis menerusi laporan ringkas Bernama, sebentar tadi.
Sebelum itu, 10 individu dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Elite menghala Shah Alam, pada Jumaat.
Baca: Tragis, 8 Kanak-Kanak Antara 10 Terkorban Dalam Kemalangan Babit Tiga Kereta, Sebuah Treler
Menurut laporan, lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan masing-masing seorang lelaki serta perempuan dewasa antara mangsa yang dikenalpasti terkorban dalam nahas tersebut.
Difahamkan, Seramai 17 mangsa terbabit dalam kemalangan tersebut membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.
Berita lanjut menyusul.
Kemalangan 10 maut Lebuhraya Elite: Pemandu lori ditahan bantu siasatan – Polis pic.twitter.com/nLXp1JS7qN
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 18, 2021
Sumber: Twitter BERNAMA