Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
kayuh basikal
Gambar: Mars Ong
Tiada Kategori

Dakwa Nak Jimat Minyak, Lelaki Nekad Kayuh Basikal Dari Singapura Ke Batu Pahat

Sofea

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kegigihan lelaki ini yang memilih untuk kayuh basikal dari Singapura ke kampung halamannya di Johor.

Kayuh basikal lebih empat jam

Lelaki yang dikenali sebagai Mars Ong itu dilaporkan telah menempuhi perjalanan selama lebih empat jam ke Batu Pahat dengan jarak sejauh 134.8 kilometer, lapor Mothership.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya pada 1 April lalu, Ong berkongsikan mengenai perjalanannya dari awal hingga akhir.

Gambar: Mars Ong

Tulisnya di kapsyen, dia memutuskan untuk berbasikal bagi menjmatkan kos petrol yang kini ‘terlalu mahal’.

Menurutnya, perasaan apabila dapat berbasikal ke kampung halaman sama seperti sebelum kedatangan COVID-19, dia memerlukan pasport untuk menyeberangi sempadan.

Ong juga turut mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk menyertainya pada masa akan datang.

Keluarga tidak tahu

Difahamkan, keluarganya tidak tahu bahawa dia pulang ke kampung dengan menaiki basikal. Apabila mereka mengetahui mengenainya, mereka berkata tindakan Ong “terlalu gila”.

Sementara itu, dalam video yang dimuatnaik olehnya, kelihatan seorang pegawai imigresen Malaysia yang terkejut apabila mengetahui bahawa Ong dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat.

Gambar: Mars Ong

Pegawai itu juga dilihat menunjuk ke arah basikal milik Ong kerana bagaikan tidak percaya bahawa lelaki itu boleh menunggang basikal untuk pulang ke kampung.

Lelaki berusia 40 tahun itu telah memulakan perjalanannya sekitar jam 7 pagi dan tiba di destinasinya sekitar jam 1 tengah hari.

Termasuk waktu rehat, keseluruhan perjalanannya dari Singapura ke Batu Pahat sebenarnya mengambil masa lebih lima jam.

Dia singgah di Pontian untuk makan serta berhenti sebanyak beberapa kali untuk berehat.

Ong berkata dia sudah beberapa kali berbasikal ke Singapura tetapi biasanya pulang ke Malaysia dengan memandu kereta.

Gambar: Mars Ong

Memetik laporan Mothership, Ong telah berbasikal selama enam tahun dan sering menyertai acara pertandingan berbasikal sebelum pandemik bermula.

Ditanya mengenai rancangan pulang ke Singapura semula, Ong berkata dia tidak akan kembali ke Singapura dengan menaiki basikal sepenuhnya.

Sebaliknya, isterinya akan memandu kereta dan membawanya dan dia akan meneruskan baki perjalanannya ke Singapura dengan menaiki basikal.

Dia juga berhasrat untuk melakukan perjalanan dari Singapura ke Batu Pahat dengan basikal pada masa akan datang.

BACA: Lebih Setahun Terkandas Di Singapura, Lelaki Gembira Kepulangan Disambut Anjing Kesayangan

Sumber: Mothership, Mars Ong