Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
261 Mangsa Sindiket Penipuan Kerja
Gambar via Worcester News

261 Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Berjaya Diselamatkan – Kementerian Luar

Faiz Mustafa

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — Seramai 261 orang mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja warganegara Malaysia telah berjaya diselamatkan sehingga kini.

Menurut kenyataan Kementerian Luar pada Sabtu, jumlah terbaharu itu melibatkan 171 orang mangsa yang telah dibawa balik ke Malaysia dan baki seramai 90 orang masih menunggu proses penghantaran pulang.

Penerbangan AirAsia AK535 pada 30 Sept adalah penerbangan terkini yang membawa pulang 13 lagi mangsa.

Pihak Kementerian Luar dan Perwakilan Malaysia di negara-negara yang terlibat terus komited dalam menjalinkan hubungan kerjasama erat dengan Kerajaan negara-negara yang berkenaan bagi menggiatkan usaha mengesan, menyelamat dan membawa pulang warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket ini ke tanah air dengan selamat.

“Orang ramai sentiasa dinasihatkan supaya segera membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar sekiranya ada di antara ahli keluarga mereka menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.

“Kementerian Luar sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kebajikan Keluarga Malaysia di luar negara sentiasa terpelihara,” tambah kenyataan itu.

Untuk menangani isu sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara secara lebih bersepadu dan menyeluruh, mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah telah berlangsung secara dalam talian pada 27 Sept

Mesyuarat turut dianggotai oleh sembilan Kementerian atau Agensi lain iaitu Jabatan Perdana Menteri (JPM); Jabatan Peguam Negara (AGC); Kementerian Dalam Negeri (KDN); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Imigresen Malaysia (JIM); Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOM); Kementerian Sumber Manusia (KSM); Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Antara cadangan, tindakan yang telah dan akan dilaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas ini adalah, antaranya mengadakan pertemuan dengan Ketua-ketua Perwakilan negara-negara yang terlibat pada 30 Sept.

Ketua-ketua Perwakilan asing yang berkenaan telah menyatakan komitmen Kerajaan masing-masing untuk memberikan kerjasama erat dalam menangani isu ini.

Ketua-ketua Perwakilan Malaysia di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand juga telah diminta untuk terus berusaha menyelesaikan isu ini secara cepat dan tuntas.

Kementerian Luar bersama-sama PDRM juga kini menyelaraskan usaha bagi membolehkan kerjasama yang lebih erat di antara PDRM dengan pihak berkuasa negara-negara yang berkenaan melalui pertemuan khusus bagi menangani isu ini.

Kementerian Luar juga telah mengadakan perbincangan dengan pihak K-KOM untuk menyediakan Pelan Komunikasi yang lebih komprehensif dalam memberikan pendedahan dan kesedaran kepada orang ramai serta golongan sasaran supaya tidak mudah terpedaya dan terjebak dalam sindiket ini.

Sumber: BERNAMA