Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
sanggup berpanas motosikal menu rahmah
Kredit: Bernama

Sanggup Berhujan Panas, Bawa Motosikal Demi Menu Rahmah

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Sanggup Berhujan Panas, Bawa Motosikal Demi Menu Rahmah

IPOH, 3 Feb (Bernama) — Seorang ibu tunggal dan anak perempuannya sanggup berhujan panas dengan menaiki motosikal, demi mendapatkan Menu Rahmah di sebuah kedai di pusat bandar raya ini yang menawarkan harga berpatutan.

Suhaila Badarudin, 46, berkata walaupun terpaksa mengharungi perjalanan yang mengambil masa kira-kira 30 minit dari rumahnya di Sungai Siput ke pasar raya Mydin di Meru di sini, namun ia berbaloi kerana restoran tersebut menyajikan pelbagai juadah.

“Saya dengan anak perempuan berusia 17 tahun sanggup datang jauh-jauh sebab di sini ada makanan murah. Selalunya makanan sebegini iaitu nasi putih, kari ayam, taugeh goreng dan air mineral sudah mencecah RM8 hingga RM10.

“Kami bukanlah mahu makan besar sangat, sekadar dapat mengenyangkan perut sahaja. Dengan harga RM5 ini, dapatlah saya beli dua hingga tiga bungkus untuk saya dan anak-anak makan tengah hari,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini dan bersyukur dengan langkah kerajaan mengenalkan program Menu Rahmah tersebut.

Seorang pekerja di restoran tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad berkata maklum balas pengunjung yang hadir amat baik, sehinggakan mereka perlu menambah lauk hampir tiga kali kerana sambutan yang amat menggalakkan.

“Kami tidak akan masak lauk dalam kuantiti banyak kerana ingin menjaga kualiti makanan dan mengelakkan daripada pembaziran.

“Apabila kita masak dalam kuantiti sederhana, kualiti makanan akan lebih terjamin malah sehingga kini, tiada pembaziran yang berlaku dan lauk habis sekitar 8 malam,” katanya ketika ditemui di pasar raya itu.

Sementara itu, Mohd Ezayddy Mohd Sofian, 41, pengusaha sebuah kedai makan Nasi Ayam Viral Klebang Putra, Chemor turut menyahut seruan kerajaan dalam menyediakan Menu Rahmah atas inisiatif sendiri untuk berkongsi rezeki kepada golongan yang kurang berkemampuan.

“Ada yang bertanya, jika jual nasi ayam harga RM4 ada ke untung? Saya dapat untung sikit sahaja tapi kerana ingin bantu meringankan beban golongan B40 dan ke bawah, apa salahnya.

“Selain itu, saya turut menjual dalam kuantiti yang banyak supaya boleh membuat pusingan modal barangan mentah,” katanya.

Seorang pengunjung, Hasliza Ahmad, 35 berkata selepas melihat hantaran pemilik kedai di laman Facebook berkenaan Menu Rahmah, dia dan suaminya hadir ke kedai tersebut untuk merasainya.

“Saya gembira melihat banyak kedai makan yang turut sertai program ini. Memandangkan saya mempunyai anak ramai, dapatlah saya beli dengan kuantiti banyak. Selalunya harga nasi ayam di pasaran sekitar RM7 hingga RM10, harga Menu Rahmah ini murah dan mampu milik.

“Saya juga berharap kerajaan menurunkan harga bahan mentah, kalau mahu harapkan Menu Rahmah sahaja tidak mampu. Saya ada empat orang anak, sekali beli makanan sudah RM30. Jumlah itu saya boleh membeli ikan atau ayam yang boleh dimasak untuk seminggu,” katanya ketika ditemui di kedai makan tersebut.

Dilaporkan Selasa lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Menu Rahmah yang menawarkan hidangan makan tengah hari atau makan malam berharga RM5 sepinggan di 15,000 premis menjual makanan di seluruh negara.

BACA: Ini Antara Lokasi Kedai Menu Rahmah Di Seluruh Negara

Sumber: Bernama