Siakap Keli
The exchange trx dibuka 29 november
Kredit: The Exchange TRX

Tempat “Shopping” Baru, Hub Gaya Hidup & “Mall” Di The Exchange TRX Dibuka 29 November Ini

Tempat “Shopping” Baru, Hub Gaya Hidup & “Mall” Di The Exchange TRX Dibuka 29 November Ini

Hab perniagaan dan gaya hidup, The Exchange TRX yang terletak berdekatan Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur dijangka akan dibuka pada 29 November.

Berita pembukaan hab berkenaan telah diumumkan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Lendlease pada Rabu lalu.

Terletak dalam lingkungan kawasan perniagaan antarabangsa Tun Razak Exchange, The Exchange TRX  merupakan projek pembangunan usahasama antara Lendlease bersama TRX City Sdn Bhd.

Dalam kenyatan terbabit, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti di sana berikutan banyak premis beli belah, makanan, riadah dan hiburan di sana.

Secara keseluruhan, terdapat lebih 400 premis di hub berkeluasan 1.3 juta kaki persegi itu.

Menampilkan pelbagai jenama-jenama antarabangsa

Antara premis yang bertapak di The Exchange TRX termasuklah jenama cermin mata asal Korea Selatan, Gentle Monster, jenama barangan gaya hidup Perancis-Jepun, Maison Kitsuné bersama bar kopinya, Café Kitsuné.

Selain itu, jenama barangan atlet California, Alo Yoga serta jenama hiasan rumah Finland, Marimekko turut dibuka disana.

Bukan itu sahaja, hab perniagaan tersebut juga menyaksikan premis pertama jenama kosmetik Drunk Elephant dibuka di negara ini.

Tambahan lagi, segmen Beauty Galleria dalam hab berkenaan akan menampilkan beberapa jenama barangan kecantikan.

Antaranya, jenama penjagaan wajah Switzerland, La Prairie dan jenama kosmetik Perancis, Guerlain. Kedua-duanya difahamkan bakal membuka premis pertamanya di Malaysia yang bertempat di The Exchange TRX.

The Exchange TRX tawar kepelbagaian gastronomi kepada pengunjungnya

BACA: Saintis Scotland Dakwa Berjaya Hasilkan Produk Alternatif Kepada Minyak Kelapa Sawit

Dalam pada itu, pengunjung juga berpeluang menikmati pengalaman menjamu selera dalam beberapa premis makanan di sana.

Tipsy Collective, sebuah syarikat asal Singapura akan memperkenalkan sebuah restoran yang dikenali sebagai Tipsy Flamingo.

Restoran berkenaan akan menampilkan hiasan dalaman yang bersifat futuristik. Pada masa yang sama, restoran berkenaan turut memaparkan konsep summer pool party yang diinspirasikan dari tahun 80-an.

Manakala, Kenny Hills Hospitality Group pula akan memperkenalkan Amazonas, sebuah restoran Amerika Latin yang berada di atas bumbung.

Bukan itu sahaja, salah satu penyewa yang mencuri tumpuan dalam The Exchange TRX adalah Seibu, salah satu pasar raya terbesar di Jepun.

Difahamkan, premis Seibu akan memenuhi ruang seluas empat tingkat dan  berkeluasan kira-kira 250,000 kaki persegi.

Untuk makluman, ini merupakan premis Seibu pertama di Malaysia. Memetik kenyataan media, premis asal Jepun ini akan menjual produk lebih daripada 400 buah jenama, termasuk lebih 100 jenama baharu di pasaran.

Manakala, pada tingkat bawah pula akan menempatkan ruangan makanan yang menyajikan hidangan Jepun premium.

Selain hab perniagaan, The Exchange TRX juga akan menawarkan taman di atas bumbung yang berkeluasan 4.05 hektar.

Taman yang dikenali sebagai TRX City Park dapat diakses orang ramai dan menawarkan tarikan seperti kehijauan yang memukau, kawasan permainan kanak-kanak dan sebagainya.

BACA: Mudah Je, Ini Cara Nak Goreng Sosej, Jadi Cantik Berkilat & Tak Berkedut

Sumber: Lendlease

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.