Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Kredit: BERNAMA

Polis Akan Ambil Keterangan Ibu Bapa, Jiran Zayn Rayyan

Nurhanis

Polis Akan Ambil Keterangan Ibu Bapa, Jiran Zayn Rayyan

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Polis akan mengambil keterangan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kematian kanak-kanak autisme itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata polis juga akan merakam keterangan jiran dan saksi dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan siasatan.

“Buat masa ini, polis mengklasifikasikan kematian kanak-kanak ini sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bedah siasat ke atas kanak-kanak berusia enam tahun itu dijalankan pada 9.30 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh di sini.

Difahamkan jenazah Zayn Rayyan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara hari ini.

Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sejak tengah hari Selasa lepas di Damansara Damai ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya pada 10 malam semalam.

Sebelum ini, media melaporkan lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui di anak sungai merupakan kawasan pencarian yang telah dilakukan oleh Unit Anjing Pengesan (K9) pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid, unit mencari dan menyelamat telah melakukan misi pencarian di tempat berkenaan. Ia sejurus pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

“Kita sudah melakukan pencarian, tetapi kita tidak jumpa, ia tempat yang sama. Petang tadi (Rabu) kita juga mencari di kawasan ini.

Sumber: BERNAMA