Siakap Keli
puteri afzan fd idzham
Gambar: RTM/Sinar Harian

Perkahwinan Diraja: Tengku Puteri Afzan Selamat Diijabkabulkan Dengan FD Idzham

Perkahwinan Diraja: Tengku Puteri Afzan Selamat Diijabkabulkan Dengan FD Idzham

Saat yang dinanti-nantikan telah tiba apabila Puteri Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar hari ini.

Istiadat Perkahwinan Diraja itu berlangsung di Istana Abdulaziz bermula kira-kira pukul 8 malam.

Menurut Sinar Harian, turut hadir dalam majlis tersebut adalah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Akad nikah dipimpin oleh Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim selepas mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah untuk mewakili Baginda.

Manakala Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah bertindak sebagai saksi pertama dan saksi kedua.

Majlis turut disaksikan oleh dua saksi daripada pengantin lelaki dan seluruh hadirin yang hadir.

Difahamkan, majlis perkahwinan tersebut dapat disaksikan secara lintas langsung menerusi dua layar besar yang ditempatkan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan di Tasik KotaSAS.

Warga tempatan yang tidak mahu terlepas detik-detik bersejarah itu dilihat berkumpul di kedua-dua lokasi tersebut.

Puteri Sultan Pahang, Tengku Puteri Afzan selamat disatukan dengan FD Idzham

Menerusi hantaran-hantaran yang dimuat naik di TikTok KotaSAS, pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh orang awam turut diadakan sempena Istiadat Perkahwinan Diraja tersebut.

Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata Istiadat Perkahwinan Diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.

Majlis berinai akan diadakan esok hari dan dikuti majlis bersanding pada Ahad

Selepas majlis akad nikah yang berlangsung sebentar tadi, majlis berinai pula akan diadakan pada esok hari sebelum majlis persandingan yang akan berlangsung Ahad nanti.

Selain majlis akad nikah, kedua-dua istiadat yang lain itu turut akan berlangsung pada pukul 8 malam.

BACA: Istiadat Perkahwinan Puteri Sultan Pahang Bermula Esok

Sumber: RTM

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.