Siakap Keli
mahkamah switzerland PetroSaudi
Gambar: Bernama

1MDB: Mahkamah Switzerland Jatuhkan Hukuman Penjara Ke Atas Dua Eksekutif PetroSaudi

1MDB: Mahkamah Switzerland Jatuhkan Hukuman Penjara Ke Atas Dua Eksekutif PetroSaudi

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland pada Rabu telah mensabitkan dua eksekutif PetroSaudi atas kesalahan menyeleweng US$1.8 bilion daripada dana kekayaan negara Malaysia, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) antara tahun 2009 dan 2010.

Ketua Eksekutif PetroSaudi Tarek Obaid dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun manakala Patrick Mahony, seorang pengarah di syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak Arab Saudi itu, dijatuhi hukuman penjara enam tahun, lapor media antarabangsa.

Kedua-dua tertuduh didakwa menyeleweng sekurang-kurangnya US$1.8 bilion untuk mengayakan diri mereka sendiri melalui dana 1MDB, yang dikatakan bagi tujuan membiayai usaha sama dengan PetroSaudi dari tahun 2009 hingga 2015.

Sumber: BERNAMA

BACA: Mayat Dipercayai Bayi Ditemukan Dalam Lantai Simen Rumah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.